Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kusam dan tidak bermaya? Cuba 5 langkah penjagaan kulit wajah ini

Siapa yang tidak mahukan kulit berseri dan sihat? Namun beberapa faktor seperti kurang tidur, tekanan dan pemakanan tidak teratur memberi kesan tidak baik pada kulit wajah sehingga nampak kusam dan tidak bermaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Kusam dan tidak bermaya? Cuba 5 langkah penjagaan kulit wajah ini

Gambar hiasan CNA

Diterbitkan : 15 Aug 2019 08:39AM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 08:46AM

NEW YORK: Siapa yang tidak mahukan kulit berseri dan sihat? Namun beberapa faktor seperti kurang tidur, tekanan dan pemakanan tidak teratur memberi kesan tidak baik pada kulit wajah sehingga nampak kusam dan tidak bermaya.

Walau bagaimanapun jangan bimbang, ada beberapa tip yang boleh diamalkan bagi mendapatkan kulit wajah lebih segar dan bersinar.

1. Cuci muka secara teratur

Mencuci muka dengan teratur adalah perkara paling penting bagi mendapatkan kulit yang segar dan berseri selain mengurangkan minyak dan debu yang tersembunyi di sebalik pori-pori wajah anda.

Ketika mencuci muka sebaiknya cuba melakukan urutan lembut agar semua kekotoran dapat dikeluarkan dan sebaiknya cuci wajah anda menggunakan produk bersesuaian untuk waktu pagi dan malam.

2. Pilih produk pembersih dengan Vitamin C

Jika membeli produk pembersih wajah sebaiknya pilih yang turut mengandungi Vitamin C.

Ini kerana kata pakar kecantikan, Danusia Wnek, antioksidan yang terdapat dalam produk pembersih dapat mengurangkan enzim dalam penghasilan pigmen pada wajah dan bukannya semata-mata untuk kelihatan putih.

Selain vitamin C, anda juga boleh mencari produk yang mengandungi Niacinamide (Vitaman B3) yang mampu melambatkan pembentukan pigmen selain menghilangkan bintik hitam pada wajah.

3. Jaga kelembapan kulit

Menjaga kelembapan kulit sangat penting dan caranya juga cukup mudah dengan menggunakan pelembap dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

Ini kerana tanpa kelembapan pada wajah, kulit akan nampak kusam selain mempercepatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.

Terdapat pelbagai pilihan pelembap - sama ada dalam bentuk gel, serum dan sebagainya namun pelembap dalam bentuk krim lebih berkesan.

4. Banyak mengambil makanan kaya antioksidan

Setiap makanan yang diambil akan memberi kesan kepada tubuh serta kesihatan kulit anda. Selain penggunaan produk, apa kata kerap mengambil makanan kaya antioksidan seperti buah beri, anggur dan kekacang kerana ia sarat dengan polifenol dan ellagic yang mampu memberi kesan positif pada wajah.

5. Jangan takut berjumpa doktor kulit

Jika anda mengalami masalah hiperpigmentasi kulit seperti bintik-bintik hitam akibat sinaran matahari atau permasalahan lain yang menjejas wajah anda, sebaiknya berjumpa dengan doktor kulit.

Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat mengetahui masalah yang dihadapi malah boleh meminta pandangan tentang produk yang sesuai dengan kulit anda.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan