Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kurang bersenam, pemakanan tidak sihat punca sindrom metabolik

Kurang bersenam serta amalan pemakanan tidak sihat antara punca masyarakat Malaysia terdedah kepada risiko penyakit sindrom metabolik, kata Pakar Kardiologi Klinikal, Insititut Jantung Negara Dr Lim Kien Chien.

Anggaran Waktu Membaca:
Kurang bersenam, pemakanan tidak sihat punca sindrom metabolik

(Gambar hiasan: Pexels)

Diterbitkan : 02 Nov 2019 09:58PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 09:59PM

SEREMBAN: Kurang bersenam serta amalan pemakanan tidak sihat antara punca masyarakat Malaysia terdedah kepada risiko penyakit sindrom metabolik, kata Pakar Kardiologi Klinikal, Insititut Jantung Negara Dr Lim Kien Chien.

Beliau berkata kewujudan pelbagai makanan yang tidak sihat menjadi trend pemakanan di kalangan masyarakat walaupun menyedari kandungan makanan tersebut mempunyai lemak, gula dan garam yang tinggi di mana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

“Kebanyakan masyarakat sibuk dengan kehidupan sendiri sehingggakan tiada masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan diri. Ini semua menyumbang kepada risiko sindrom metabolik yang mempunyai lima komponen seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti, kolesterol tinggi dan hati bengkak.

“Jadi bagi mengurangkan risiko penyakit ini masyarakat perlu mengurangkan mengambil pemakanan tidak sihat ini selain kerap melakukan senaman sekurang-kurangnya lima kali seminggu dalam tempoh 30 minit untuk setiap sesi,” katanya kepada Bernama selepas program Public Health Talk ‘Metabolic Syndrome - The Modern World Killer’ hari ini (2 Nov).

Mengulas lebih lanjut beliau berkata amalan pemakanan seimbang dan pengambilan kalori rendah membantu mengurangkan penyakit berisiko tinggi ini.

“Amalkan pengambilan suku-suku separuh” dalam tabiat pemakanan kita iaitu satu per empat karbohidrat, satu per empat protein dan separuh sayur serta buah bagi pinggan yang bersaiz biasa serta elakkan pengambilan makanan atau minuman yang manis sebaliknya gantikan ia dengan pengambilan buah-buahan atau sayur-sayuran,” katanya.

Program anjuran Farmasi Alpro dan Matrix Concepts Holdings Berhad hari ini, disertai seramai 100 terdiri daripada penduduk sekitar Negeri Sembilan.

Ia juga merupakan sebahagian Karnival Kesihatan 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna, zumba, ‘little pharmacist game’ dan sebagainya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan