Images
  • kumpulan penyorak
    Kumpulan penyorak Jepun naikkan semangat penumpang di tengah-tengah pandemik COVID-19 di hadapan stesen Shimbashi pada 7 Jan 2021. (Gambar: REUTERS/Kim Kyung-Hoon)

Kumpulan penyorak Jepun ini naikkan semangat penumpang di tengah-tengah COVID-19

TOKYO: Kumpulan penyorak Jepun menari dan memberi sorakan kepada para penumpang di luar stesen kereta api Tokyo pada Khamis (7 Jan) dalam satu usaha menaikan semangat, sedang ibu kota itu menuju ke perintah darurat akibat pandemik COVID-19.

"Mari kita lawan!" skuad empat orang itu menyeru kepada orang yang lalu-lalang di hadapan stesen Shimbashi, dengan alat penutup muka yang mula terkabus dalam kesejukan pada pagi Tokyo itu, sambil melambai-lambaikan pom pom emas mereka.

Jepun merancang satu perintah darurat selama sebulan untuk daerah bahagian utama Tokyo bermula dari Jumaat (8 Jan) untuk mengandungi jangkitan virus korona yang meningkat tinggi.

Ketua pasukan penyorak, Cik Kumi Asazuma, mengatakan bahawa pasukannya sudah membuat persembahan lebih daripada 10 tahun untuk memberi semangat kepada para penumpang pagi, tetapi misi mereka kali ini mempunyai makna baru dalam pandemik ini.

"Terutamanya sekarang, penularan virus korona tidak akan berhenti, ramai yang kehilangan pekerjaan... saya rasa ramai yang sedang menderita pada tempoh ini," Cik Asazuma, 37 tahun, yang bekerja sebagai pekerja bebas hos acara dan penyampai, memberitahu Reuters.

"Kami ingin menyampaikan senyuman untuk memberikan semangat kepada orang ramai. Kami melakukan ini dengan harapan orang ramai akan berasa lebih riang."

Pasukan penyorak daripada kumpulannya ini selalunya membuat persembahan pada Khamis di Tokyo dan pada Jumaat di kawasan perjiranan wilayah Kanagawa, dengan jumlah penghibur bergantung kepada adanya anggota tersebut kerana mereka semua mempunyai pekerjaan masing-masing.

Namun, mereka berkemungkinan harus membuat persembahan secara online, memuat naik video di media sosial semasa perintah darurat tersebut, katanya.

Sekitar satu dozen orang berhenti untuk mengeluarkan telefon bijak mereka bagi mengambil gambar dan video sementara yang lain menyaksikan persembahan tersebut sedang mereka keluar dari stesen, untuk ke pejabat.

"Saya rasa apa yang mereka lakukan ini memang amat baik dalam keadaan sekarang ini," kata Encik Tomoko Tsudanuma, 48 tahun, seorang pekerja pejabat.

"Saya akan bekerja dari rumah bermula dari minggu depan dan ini sukar tetapi saya rasa lebih bersemangat melihat aktiviti sebegini."

- Reuters/NJ/nj

Top