Images
  • lemon
    Gambar hiasan.

Kulit lemon jangan dibuang, mampu atasi pelbagai jenis penyakit

AGENSI: Buah lemon mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan, malah paling mudah disediakan sebagai minuman harian sebagai salah satu cara untuk detox.

Lebih daripada itu, buah lemon turut digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan.

Memang tidak dinafikan lemon mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat kepada pengguna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Lebih menarik, kulitnya juga mempunyai manfaat semulajadi.

1. Nilai nutrisi

Kulit lemon mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. Ianya kaya dengan karbohidrat, serta protein, lemak dan vitamin C.

Selain itu, ia turut mempunyai jumlah kecil kalsium, potasium.

2. Kesihatan mulut

Kulit lemon juga dipercayai baik untuk kesihatan mulut kerana ia boleh membantu gusi mengelak daripada sebarang jangkitan, gigi berlubang, dan penyakit yang disebabkan bakteria.

Menurut pakar, kulit lemon memgandungi antibakteria yang boleh menghentikan perkembangan mikro organisma.

Kajian sebelum ini menemui empat bahan dalam kulit lemon yang secara berkesan menghalang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan bakteria.

3. Antioksidan

Kulit lemon kaya dengan antioxsidan dalam tubuh.

Fakta mengatakan kulit lemon mempunyai aktioksidan yang kuat berbanding anggur atau oren, sekali gus ia boleh meningkatkan imuniti dalam badan.

4. Kesihatan jantung

Dengan adanya kompaun seperti vitamin C, dan pektin yang merupakan serat utama dalam kulit lemon, masalah seperti darah tinggi, kolesterol dan obesiti boleh dikurangkan.

Pektin juga dijadikan sebagai ejen mengurangkan tahap kolesterol dengan pembentukan asid hempedu.

5. Antibarah

Ia juga dipercayai boleh mengurangkan beberapa risiko barah, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perut.

Kajian mendapati jika ianya dicampur dengan teh, kulit lemon mampu menghalang pembiakan sel barah. Vitamin C yang terdapat dalam kulit lemon ini dipercayai boleh meningkatkan sel darah putih.

Ayuh cuba anda amalkan buah lemon dalam diet sekarang!

LAPORAN BERKAITAN:

- Agensi berita/NA/tq

Top