Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kucing suka merayau lebih berisiko terdedah kepada penyakit

Mungkin ramai berpendapat bahawa membiarkan kucing peliharaan anda bermain di luar kawasan rumah boleh membantu kucing itu supaya lebih cergas dan sihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Kucing suka merayau lebih berisiko terdedah kepada penyakit

Gambar kucing. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 11:29AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 11:33AM

ALABAMA: Mungkin ramai berpendapat bahawa membiarkan kucing peliharaan anda bermain di luar kawasan rumah boleh membantu kucing itu supaya lebih cergas dan sihat.

Bagaimanapun hakikatnya, adalah dengan berbuat demikian, kucing peliharaan anda lebih terdedah atau berisiko dijangkitii penyakit.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat, persekitaran luar sememangnya memberi risiko kepada kucing anda terkena jangkitan penyakit.

Kucing yang sering merayau atau bermain di luar rumah berpotensi dijangkiti bakteria atau virus melalui sentuhan, air liur serta udara.

Antara jangkitan yang akan dialami oleh kucing adalah Toxoplasma Gondii iaitu sejenis parasit.

Lebih parah lagi, jangkitan tersebut boleh dipindahkan kepada pemilik kucing itu sendiri sehingga mengakibatkan kemurungan dan skizofrenia.

Selain itu, kucing yang sering merayau-rayau di luar rumah juga mudah terdedah kepada cacing parasit yang boleh menjangkiti anak-anak anda di rumah sehingga mengakibatkan mereka demam, sakit perut dan sawan.

Dalam pada itu, para penyelidik menyarankan agar mengurangkan aktiviti kucing di luar rumah bagi mengelakkan jangkitan parasit sehingga menjejas kesihatan manusia dan hidupan lain.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan