Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Koridor Semula Jadi Lornie dibuka, perkenalkan semula tumbuh-tumbuhan asli Singapura

Jika anda suka menikmati keindahan alam semula jadi dan gemar juga berbasikal, kini ada tempat baru untuk diterokai dengan pembukaan Koridor Semula Jadi Lornie. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2020 06:38PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 01:12AM

SINGAPURA: Jika anda suka menikmati keindahan alam semula jadi dan gemar juga berbasikal, kini ada tempat baru untuk diterokai dengan pembukaan Koridor Semula Jadi Lornie.

Laluan sepanjang 1.76 kilometer itu adalah sebahagian daripada rancangan tiga tahun untuk memperkenalkan semula tumbuh-tumbuhan asli Singapura di seluruh negara.

Koridor Semula Jadi Lornie terletak tidak jauh dari sebatang lebuh raya.

Ia sesuai untuk kegiatan berjalan serta berbasikal dan tidak lama lagi ada sebuah hutan malar hijau.

Lebih 100 jenis pokok dan pohon renek sudahpun ditanam di koridor ini.

Sempena pembukaannya hari ini (21 Nov), Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee serta para sukarelawan menanam lagi 150 batang pokok.

Dalam beberapa tahun akan datang, tempat ini akan bertukar wajah menjadi sebuah hutan.

Hutan itu akan bertindak sebagai penampan kepada Kawasan Tadahan Air Tengah (CCRN) dan melindungi haiwan-haiwan di sana.

Koridor tersebut adalah sebahagian daripada kawasan hijau sepanjang 10 kilometer antara Adam Road dengan Upper Thomson Road.

Dalam masa tiga tahun akan datang lebih 30 tempat di merata negara akan ditanam dengan banyak flora asli Singapura.

Langkah itu bagi meningkatkan kepelbagaian hidup-hidupan dalam alam semula jadi serta mengurangkan kesan perbandaran dan perubahan iklim di negara ini.

Sejak April lalu lebih 80,000 pokok telah ditanam.

Matlamatnya untuk menanam sejuta pokok dalam masa 10 tahun ini. 

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan