Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kombinasi 'Kawaii': Bunga sakura dan Hello Kitty di Taman Di Pesisiran

Nikmati suasana ala Jepun di Singapura di Taman Di Pesisiran yang akan mengadakan pameran sakura popular - dengan sedikit bantuan daripada Hello Kitty pada tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kombinasi 'Kawaii': Bunga sakura dan Hello Kitty di Taman Di Pesisiran

Anda akan dapat melihat watak popular Hello Kitty ini dalam pameran bunga 'Sakura Featuring Hello Kitty' di Taman Di Persisiran dari 1 Mac. (Gambar: Gardens by the Bay)

Diterbitkan : 04 Mar 2021 09:06AM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 09:12AM

SINGAPURA: Nikmati suasana ala Jepun di Singapura di Taman Di Pesisiran yang akan mengadakan pameran sakura popular - dengan sedikit bantuan daripada Hello Kitty pada tahun ini.

Watak terkenal itu akan muncul buat pertama kali di taman dalam pameran bunga 'Sakura Featuring Hello Kitty' di Flower Dome dari 1 Mac.

Bila anda berjalan melalui 'torii' iaitu pagar tradisional Jepun, anda akan dapat melihat watak popular itu dalam pelbagai latar termasuk di sebuah perkelahan 'hanami' (pemandangan bunga) di 'nodate' (upacara teh di luar) dan taman landskap gaya Jepun. Semua itu sambil anda menikmati keindahan bunga-bunga sakura.

Menurut Taman Di Pesisiran, gangguan dalam industri pelayaran telah menjejas bekalan pokok-pokok bunga sakura dari Eropah.

Sungguhpun begitu, Cik Marziah Omar, Penolong Pengarah Kanan bagi Operasi Konservatori berkata "kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan kami akan terus menampilkan pameran bunga popular ini kepada para pelawat kami".

"Kami masih berharap pokok-pokok bunga sakura besar dari Eropah ini akan tiba kemudian. Apabila itu berlaku, kami akan menampilkannya dalam pameran tersebut dan para tetamu akan mendapat peluang bonus untuk menikmati musim bunga sakura yang akan dilanjutkan tahun ini," tambah beliau.

(Gambar: Gardens by the Bay)

Jika anda mahu mendalami budaya Jepun dengan lebih lanjut lagi, anda boleh menghadiri beberapa program budaya (ada berbayar dan ada percuma) yang dianjurkan dengan kerjasama Kedutaan Jepun di Pusat Kreatif Jepun (JCC), di Singapura.

Ini termasuk muzik dan tarian tradisional rakyat di 'Flower Field Hall' dan demonstrasi upacara teh Jepun dan bengkel-bengkel ikebana di 'Waterview Room'. Tempahan awal perlu dibuat.

Pameran bunga 'Sakura Featuring Hello Kitty' kini berlangsung di 'Flower Dome' di Taman Di Pesisiran dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari. Bayaran masuk ke 'Flower Dome' akan dikenakan.  

Sumber : CNA/NJ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan