Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Koleksi The North Face x Gucci dilancar di S'pura

Jenama fesyen terkemuka Gucci mengejutkan ramai pada September 2020 apabila ia mendedahkan kerjasama dengan syarikat pakaian lasak The North Face. Mulai hari ini (11 Jan), koleksi yang dinanti-nantikan itu kini boleh didapatkan di Singapura melalui butik Gucci di pusat beli-belah Paragon.

Anggaran Waktu Membaca:
Koleksi The North Face x Gucci dilancar di S'pura

(Gambar: Gucci)

Diterbitkan : 11 Jan 2021 02:00PM Dikemas Kini : 11 Jan 2021 02:06PM

SINGAPURA: Jenama fesyen terkemuka Gucci mengejutkan ramai pada September 2020 apabila ia mendedahkan kerjasama dengan syarikat pakaian lasak The North Face.

Mulai hari ini (11 Jan), koleksi yang dinanti-nantikan itu kini boleh didapatkan di Singapura melalui butik Gucci di pusat beli-belah Paragon.

Bermacam-macam barangan diperkenalkan melalui koleksi tersebut, yang turut merangkumi pelbagai produk dari koleksi sedia untuk dipakai, aksesori dan bagasi, hingga ke kasut, khemah dan beg tidur.

Walaupun kot dan jaket tebal mungkin tidak sesuai dengan cuaca Singapura, koleksi pakaian itu pasti boleh digunakan bagi perjalanan ke luar negara apabila sempadan dibuka semula.

Apa yang lebih praktikal buat masa ini adalah kemeja-T. Bagi kaum Hawa pula terdapat skirt dan gaun simis.

(Gambar: Gucci)

(Gambar: Gucci)

Sebahagian koleksi siap pakai ditawarkan dalam warna cerah dan menampilkan motif kelopak bunga, manakala pakaian lain menampilkan logo The North Face x Gucci yang digabungkan dalam reka bentuknya.

Seperti kot dan jaket, bagasi juga boleh digunakan apabila perjalanan ke luar negara disambung semula (kecuali jika anda suka membawa banyak pakaian semasa 'staycation'). Terdapat lapan corak grafik baru yang direka bersama dengan The North Face. Semuanya menampilkan warna terang dan pelbagai motif Gucci House atau versi berbeza-beza bagi cetakan logo baru The North Face x Gucci.

Terdapat juga kasut but pendakian yang sesuai untuk lelaki dan juga wanita, dengan tumit Goodyear yang tebal dan mantap. Kasut ini ditawarkan dalam tiga warna kulit (coklat, hitam dan krim), kesemuanya dengan logo The North Face x Gucci yang dipaparkan di sisinya.

Baki kembara hujung minggu pula, terdapat dua beg galas dan dua beg pinggang dengan cetakan eksklusif.

Koleksi baru ini selaras dengan komitmen kedua-dua jenama terhadap kelestarian alam sekitar. Bagasinya diperbuat daripada ECONYL®, kain nilon dari bahan yang dihasilkan semula (dari jaring ikan, permaidani dan sisa lain) yang boleh dikitar dan direka semula.

Selain itu, palet warna koleksi ini diilhamkan daripada era tahun 1970-an dan dipilih dari koleksi bahan The North Face. Sebahagian fabrik arkib digabungkan untuk memberikan nafas baru.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan