Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Koleksi pakaian baju tidur jadi punca laman McDonald's S’pura alami gangguan besar

Kempen 'McDelivery Night In' menerima sambutan hangat sejurus selepas McDonald's mengumumkan ia bakal melancarkan koleksi pakaian tidur, yang merupakan sebahagian daripada kempen tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Koleksi pakaian baju tidur jadi punca laman McDonald's S’pura alami gangguan besar

Koleksi pakaian baju tidur menjadi punca laman McDonald's S’pura mengalami gangguan besar. (Gambar-Gambar: 8DAYS)

Diterbitkan : 15 Oct 2019 12:27PM Dikemas Kini : 15 Oct 2019 12:54PM

SINGAPURA: Kempen 'McDelivery Night In' menerima sambutan hangat sejurus selepas McDonald's mengumumkan ia bakal melancarkan koleksi pakaian tidur, yang merupakan sebahagian daripada kempen tersebut.

Koleksi itu terdiri daripada sepasang pakaian tidur bagi kaum lelaki dan wanita, dengan cetak burger Big Mac dan kentang goreng.

Set 'McDelivery Night In Bundle' ($24.90 tidak termasuk bayaran penghantaran) disertakan dengan Happy Sharing Box B (dengan enam keping Chicken McNuggets dan empat keping McWings) dan sepasang pakaian tidur itu.

Ia dijadual dilancarkan pada Isnin (7 Okt) pada pukul 6.00 petang menerusi aplikasi McDonald's dan McDelivery serta laman webnya. Bagaimanapun pada pukul 6.00 petang, kedua-dua aplikasi dan lamannya mengalami gangguan.

Koleksi pakaian baju tidur menjadi punca laman McDonald's S’pura mengalami gangguan besar. (Gambar-Gambar: 8DAYS)

Menurut McDonald's, set pakaian tidur itu merupakan barangan eksklusif yang hanya ditawarkan di laman dan aplikasinya. Malah menurutnya, sesetengah pelanggan menghubungi talian hotline McDelivery semata-mata untuk membeli set tersebut.

McDonald's juga memberikan sepasang penutup mata dengan setiap pembelian yang melebihi S$18 (tidak termasuk bayaran penghantaran) dan menggunakan kod promosi "mcdnightin".

Namun jika anda benar-benar ingin mendapatkan set pakaian tidur itu, ia kini ditawarkan di laman Carousell pada harga sekitar empat kali ganda berbanding harga runcitnya!  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan