Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kini, anda boleh ambil 'selfie' 3D

Anda ingin melihat diri anda dalam bentuk patung 3-Dimensi? Sebuah syarikat pemula Jerman, Doob, menghasilkan teknologinya baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2018 10:30PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 10:34PM

NEW YORK: Anda ingin melihat diri anda dalam bentuk patung 3-Dimensi? Sebuah syarikat pemula Jerman, Doob, menghasilkan teknologinya baru-baru ini.

Pelanggan hanya perlu berdiri di gerai gambar berteknologi tingginya yang dikelilingi 54 kamera.

Kamera tersebut merakam imej 2D yang kemudiannya disambung-sambungkan untuk menghasilkan model 3D.

Doob membangunkan sofwe yang membolehkan pencetak 3D menghasilkan patung yang kelihatan seperti 'hidup'.

Permintaan bagi patung-patung kecil 3D itu mendapat sambutan baik, terutama sekali daripada bakal pengantin.

Ini sehinggakan syarikat Jerman yang baru berusia lima tahun itu merancang untuk menggandakan lagi bilangan cawangannya tahun ini.

Syarikat tersebut mengenakan bayaran sebanyak AS$95 (S$125) bagi sebuah patung empat inci mirip anda. Sementara itu, patung 14 inci pula berharga AS$700 (S$926). 

Sumber : Reuters/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan