Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KidZania Singapura akan ditutup, 103 pekerja hilang pekerjaan

Daya tarikan keluarga KidZania Singapura akan ditutup empat tahun selepas ia beroperasi, menyebabkan 103 kakitangannya hilang pekerjaan, menurut syarikat itu pada Rabu (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
KidZania Singapura akan ditutup, 103 pekerja hilang pekerjaan

Hari kedua pelaksanaan langkah-langkah jarak selamat di KidZania.

Diterbitkan : 17 Jun 2020 08:41PM Dikemas Kini : 17 Jun 2020 08:46PM

SINGAPURA: Daya tarikan keluarga KidZania Singapura akan ditutup empat tahun selepas ia beroperasi, menyebabkan 103 kakitangannya hilang pekerjaan, menurut syarikat itu pada Rabu (17 Jun).

KidZania, yang dibuka pada April 2016 di Sentosa, menyatakan pihaknya menghadapi "cabaran" untuk meraih pulangan perniagaan yang diperlukan, yang diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19 dan kesannya ke atas ekonomi.

"Selain tiada hasil tiket akibat penutupan sementara sejak awal April, pendapatan juga terjejas kerana rakan kongsi komersil mengurangkan penyertaan mereka kerana kekangan kewangan dan langkah mengawal kos," menurutnya dalam satu kenyataan media.

Semua pekerja yang terjejas akan menerima "pakej pampasan sewajarnya" dengan gaji serta faedah perubatan dan lain-lain dibayar hingga hari terakhir perkhidmatan mereka, tambah KidZania.

"Pakej pemberhentian kerja itu yang lebih tinggi berbanding kadar biasa industri, bertujuan untuk sedikit sebanyak meringankan sebarang beban tanggungan kakitangan dalam beberapa bulan akan datang," tambahnya.

Syarikat itu menyatakan pihaknya juga sedang menganjurkan bengkel dan bekerjasama dengan beberapa badan pengambilan pekerja untuk membantu para kakitangan mencari pekerjaan baru secepat mungkin.

KidZania Singapore pertama kali mengumumkan penutupannya menerusi catatan Facebook pada Selasa malam, dengan menyatakan ia tidak akan dibuka semula apabila sekatan COVID-19 ke atas operasinya ditarik balik.

Daya tarikan tertutup seluas 81,000 kaki persegi itu menampilkan pemasangan interaktif untuk kanak-kanak mengalami pelbagai jenis pekerjaan. Ia ditutup sejak 7 April, hari pertama langkah "pemutus jangkitan" dilaksanakan di Singapura, yang berakhir pada 1 Jun.

Seorang jurucakap Perbadanan Pembangunan Sentosa berkata pihaknya sedia maklum tentang penutupan KidZania, dan merancang untuk "menyegarkan premis itu dengan tawaran baru".

Para pelanggan dengan tiket dan pas tahunan yang belum digunakan boleh menulis kepada Kidzania di share [at] kidzania.com.sg, kata syarikat itu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan