Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KFC lancar menu baru Nyonya Chicken

Kus semangat! Ini berita baik bagi peminat hidangan ayam yang pedas-pedas: KFC baru melancarkan satu menu baru yang mungkin menepati selera anda.

Anggaran Waktu Membaca:
KFC lancar menu baru Nyonya Chicken

(Gambar: KFC)

Diterbitkan : 06 Jan 2020 11:29PM Dikemas Kini : 06 Jan 2020 11:31PM

SINGAPURA: Kus semangat! Ini berita baik bagi peminat hidangan ayam yang pedas-pedas: KFC baru melancarkan satu menu baru yang mungkin menepati selera anda.

Dinamakan Nyonya Chicken, hidangan itu terdiri daripada kepingan ayam pedas dan rangup disaluti sos diperbuat daripada cili, udang kering, rempah kari, daun kesum dan kelapa.

Iras-iras kacukan antara ayam goreng dengan laksa, bukan?

Hidangan itu boleh dibeli pada harga S$3.60 sepotong, atau beli set meal berharga S$8.95 yang terdiri daripada dua keping Nyonya Chicken, satu kentang putar dan coleslaw serta minuman Sjora Strawberi Kiwi.

Satu lagi berita baik. Setiap pembelian hidangan lengkap Nyonya Chicken Meal melayakkan anda untuk Cabutan Bertuah Perdana, di mana anda boleh memenangi hadiah wang tunai sehingga S$8,888.

KFC Nyonya Chicken boleh didapati di kesemua cawangan restoran KFC dan penghantaran ke rumah, kecuali di cawangan KidZania dan Taman Haiwan Singapura. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan