Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KFC lancar ayam 'sour cream & onion', kentang keju bolognese

Pada Rabu (20 Nov), anda dapat menikmati Ayam berperisa Krim Masam & Bawang (Sour Cream & Onion) serta Kentang Goreng Keju Bolognese (Bolognese Cheese Fries) di cawangan-cawangan terpilih KFC.

Anggaran Waktu Membaca:
KFC lancar ayam 'sour cream & onion', kentang keju bolognese

(Gambar: KFC Singapura)

Diterbitkan : 19 Nov 2019 07:55PM Dikemas Kini : 19 Nov 2019 07:59PM

SINGAPURA: Terlepas peluang membeli snek kulit ayam KFC yang dilancarkan 11 November? Usah gusar kerana restoran makanan segera itu akan melancarkan beberapa lagi juadah baru.

Pada Rabu (20 Nov), anda dapat menikmati Ayam berperisa Krim Masam & Bawang (Sour Cream & Onion) serta Kentang Goreng Keju Bolognese (Bolognese Cheese Fries) di cawangan-cawangan terpilih.

Ayam 'Hot & Spicy' akan disalut dengan kerepek nacho sebelum digoreng dan ditabur serbuk perisa krim masam dan bawang. Setiap kepingan ayam berharga S$3.60. Anda juga boleh memilih juadah lengkap dengan dua keping ayam berserta kentang, coleslaw dan minuman Sjora Pic Mangga pada harga S$8.95.

Turut dilancarkan adalah Kentang Keju Bolognese - kentang yang digoreng rangup dan ditaburi isi ayam cincang dan sos Bolognese serta sos keju KFC.

Bagi penggemar manis-manisan, Tat Coklat Kacang Hazel KFC (KFC Chocolate Hazelnut Egg Tart) juga kembali atas permintaan ramai di cawangan-cawangan yang mengambil bahagian. Ia merupakan tat telur Belanda yang diisi kastard dan coklat.

Bagi anda yang berangan-angan untuk bercuti namun belum membuat sebarang perancangan, KFC menganjurkan cabutan bertuah bagi para pelanggannya bermula Rabu. Mereka berpeluang memenangi sepasang tiket ke Paris, Tokyo, Los Angeles, Seoul, London atau New York dalam satu cabutan mingguan.

Hadiah utama berupa sepasang tiket ke Finland atau Iceland.

Cabutan 'Celebrate 2020 with KFC' atau Raikan 2020 bersama KFC itu bermula 20 Nov hingga 30 Dis. Para pelanggan layak menyertainya dengan setiap pembelian juadah Ayam Sour Cream & Onion di restoran KFC atau menerusi pesanan penghantaran ke rumah. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan