Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KFC keluarkan konsol permainan generasi seterusnya; cetus persaingan dengan PlayStation, Xbox

Restoran makanan segera KFC bakal menceburi secara rasmi industri permainan video menyusuli pengumuman tentang KFConsole.

Anggaran Waktu Membaca:
KFC keluarkan konsol permainan generasi seterusnya; cetus persaingan dengan PlayStation, Xbox

Konsol permainan video KFC yang diberi nama KFConsole. (Gambar: Twitter/ kfcgaming)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 09:42PM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 09:44PM

PETALING JAYA: Restoran makanan segera KFC bakal menceburi secara rasmi industri permainan video menyusuli pengumuman tentang KFConsole.

Mungkin agak sukar untuk membandingkan alat permainan video itu dengan nama-nama besar seperti PlayStation atau Xbox. Mentelah lagi, KFConsole mempunyai "ruang simpan ayam" untuk dinikmati sambil bermain permainan tersebut.

Satu video iklan dimuat naik ke akaun Twitter @kfcgaming pada Rabu (23 Dis) yang menjanjikan alat permainan yang akan membawa "inovasi permainan" ke tahap seterusnya. Video itu juga sudah berjaya memikat lebih 1.2 juta tontonan.

"Peperangan alat permainan video sudah berakhir," menurut catatan itu.

KFC pada awalnya mendedahkan KFConsole pada Jun tetapi ramai yang menganggapnya sebagai satu gimik pemasaran syarikat itu.

Sungguhpun demikian, KFC mengesahkan kesahihan berita itu dengan mengeluarkan spesifikasi rasmi sistem tersebut yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Cooler Master, Intel, Asus dan Seagate.

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan