Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

KFC, Crocs ganding bahu keluarkan kasut bau seperti ayam goreng

Gabungan The Crocs x KFC mungkin bakal menjadi yang paling pelik tahun ini iaitu kasut yang berbau seperti ayam goreng.

Anggaran Waktu Membaca:
KFC, Crocs ganding bahu keluarkan kasut bau seperti ayam goreng

Kolaborasi kasut antara KFC dengan Crocs. (Gambar: Youtube/KFC)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 03:01PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 03:03PM

AMERIKA SYARIKAT: Gabungan The Crocs x KFC mungkin bakal menjadi yang paling pelik tahun ini iaitu kasut yang berbau seperti ayam goreng.

Kasut edisi terhad, dipanggil Kentucky Fried Chicken X Crocs Clogs, diumumkan pada Rabu (12 Feb) dan ia akan dijual pada harga AS$60 (S$83).

Menurut kenyataan media rangkaian restoran makanan segera KFC, terdapat dua edisi kasut Crocs itu.

Edisi pertama dipanggil "Bucket Clog" yang sudahpun membuat penampilannya semasa Minggu Feysen New York pada Selasa, dengan artis Me Love Me a Lot menggayakannya semasa menghadiri acara. Ia digambarkan sebagai kasut platform tinggi versi "avant-garde".

Bagi versi "resipi asli", terdapat "clog" klasik yang akan disediakan tidak lama lagi. Ia didatangkan dengan dua hiasan berbentuk paha ayam yang boleh ditanggalkan. Bahkan, baunya juga seperti ayam goreng.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, KFC sudahpun mengeluarkan satu video di laman-laman YouTube dan Instagramnya.

Menurut CNN, Crocs edisi terhad itu akan dikeluarkan dalam saiz untuk kedua-dua jantina pada musim bunga ini.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan