Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Keupayaan tekan tubi mungkin boleh ramalkan risiko penyakit jantung di kalangan lelaki

Bilangan tekan tubi (push-up) yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki mungkin adalah peramal baik untuk mengukur risiko beliau mengalami penyakit jantung dalam tahun-tahun akan datang, menurut satu kajian.

Anggaran Waktu Membaca:
Keupayaan tekan tubi mungkin boleh ramalkan risiko penyakit jantung di kalangan lelaki

Gambar fail. (Gambar: Zinyange Auntony/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 02:21PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 02:25PM

REUTERS: Bilangan tekan tubi (push-up) yang boleh dilakukan oleh seorang lelaki mungkin adalah peramal baik untuk mengukur risiko beliau mengalami penyakit jantung dalam tahun-tahun akan datang, menurut satu kajian.

Dalam satu kajian yang melibatkan lebih 1,100 anggota bomba lelaki yang diikuti selama 10 tahun, para pengkaji mendapati bahawa risiko aterosklerosis dan penyakit kardiovaskular, seperti angin ahmar dan serangan jantung, 96 peratus lebih rendah di kalangan kaum lelaki yang boleh melakukan 40 atau lebih tekan tubi semasa ujian yang diberikan masa terhad berbanding lelaki yang boleh melakukan kurang daripada 10.

Hasil dapatan itu boleh memudahkan ujian bagi risiko penyakit jantung, menurut penulis utama kajian itu Dr Justin Yang, seorang pengkaji di Sekolah Kesihatan Awam Harvard T. H. Chan di Boston.

"Aktiviti tekan tubi tidak menelan sebarang belanja dan cara mudah untuk meneliti keupayaan seseorang dan membuat ramalan risiko kardivaskular," menurut Encik Yang. "Bagi para doktor demikian amat penting kerana banyak ujian meraih hasil dapatan yang berbeza dan amat mahal serta memakan masa lama. Ini boleh dilakukan dalam seminit."

Semasa tempoh kajian itu, terdapat 37 dapatan penyakit yang berkaitan kardiovaskular di kalangan kaum lelaki, menurut laporan di JAMA Network Open.

Sementara faktor-faktor lain, seperti usia, BMI dan VO2 turut memberi ramalan bagi penyakit kardiovaskular, tekan tubi adalah petanda paling kuat, menurut Encik Yang.

Salah satu kelebihan kajian baru ini ialah ia bergantung kepada ukuran kekuatan berbanding laporan sendiri mengenai aktiviti fisikal, menurut Encik Kerry Stewart, seorang profesor perubatan dan pengarah klinikal dan kajian latihan fisiologi di Sekolah Perubatan Johns Hopkins School di Baltimore, Maryland.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan