Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ketupat diganti dengan gimbap? Hakis budaya, risiko kesihatan punca kurang makan hidangan tradisional semasa Raya?

Jika sebut Hari Raya Aidilfitri saja, juadah manakah yang langsung akan terlintas di minda anda? Adakah ketupat? Rendang atau mungkin lemang?

Anggaran Waktu Membaca:
Ketupat diganti dengan gimbap? Hakis budaya, risiko kesihatan punca kurang makan hidangan tradisional semasa Raya?

(Gambar fail: Malay Mail menerusi TODAY)

Diterbitkan : 22 Nov 2019 09:46PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 09:54PM

BANGI: Jika sebut Hari Raya Aidilfitri saja, juadah manakah yang langsung akan terlintas di minda anda? Adakah ketupat? Rendang atau mungkin lemang?

Satu kajian baru-baru ini di Malaysia mendedahkan bahawa makanan tradisional Melayu semakin kurang dihidangkan sepanjang Syawal. Ini sedang tabiat makan berubah ketika musim perayaan, menunjukkan risiko kesihatan berpotensi meningkat dalam masa terdekat.

Para penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia bersama ahli bahasa, Junaini Kasdan, serta pasukannya baru-baru ini menjalankan satu kajian mengenai corak pemakanan dan risiko kesihatan berdasarkan pemilihan kata-kata oleh pengguna Twitter sewaktu Aidilfitri pada Jun lalu.

"Kami memberi tumpuan kepada pengambilan makanan semasa Hari Raya dengan memilih topik-topik perbincangan Hari Raya yang berkaitan dengan bukan makanan. Akhirnya, (kami) mengumpulkan maklumat daripada lebih 100 pengguna tentang apa yang mereka makan dan berapa banyak rumah terbuka yang dikunjungi," kata Dr Junaini dalam penyampaiannya sempena Seminar Gastronomi Melayu Nasional Atma baru-baru ini.

Beliau menambah data itu kemudiannya disusun menjadi pangkalan data kajian wacana yang dibantu korpus dan dianalisis beberapa kali.

Meskipun sesetengah makanan tradisional termasuk ketupat dan rendang masih lagi dianggap sebagai makanan utama musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Dr Junaini berkata hal ini tidak pula bagi kategori-kategori makanan utama, sampingan dan pencuci mulut yang sedang berubah.

"Dari apa yang kita temui, makanan atau hidangan dari budaya Barat dan Asia lain menjadi lebih menonjol. Khususnya, pencuci mulut tradisional seperti agar-agar merah dan air selasih tidak lagi dimakan kerana ia sudahpun digantikan dengan makanan seperti krim paf dan minuman punch buah-buahan.

"Makanan popular bukan Melayu yang dimakan semasa Hari Raya termasuk daging kambing Arab panggang, gimbap Korea, miang kham Thailand, dim sum Cina, lasagne dan spageti Itali, antara lain," ujar beliau.

Bagi para remaja dan golongan lebih muda, ramai di antara mereka lebih memilih makanan moden berbanding yang tradisional.

Gambar fail kuih raya.

"Jika diberi pilihan antara kuih lapis dengan tat, kebanyakan mereka akan memilih tat. Maka itu, timbul keprihatinan kami sekiranya identiti budaya Melayu dalam soal makanan semakin terhakis.

"Kami juga mendapati bahawa juadah-juadah Melayu tradisional yang pernah dianggap sebagai unik bagi sesuatu daerah kini boleh ditemui di mana-mana seperti lemak Negeri Sembilan, ketupat palas dari Pantai Utara dan Timur Semenanjung atau nasi himpit dari Johor serta Selangor," jelas Dr Junaini.

MAKAN BERLEBIHAN KETIKA BERAYA

Satu analisis teks dan semiotik menunjukkan terdapat lebih banyak makanan dan hidangan yang dimakan semasa Hari Raya Aidilfitri berbanding yang dianggap sihat.

"Ia satu perkara biasa untuk melihat perkataan-perkataan seperti '15 cucuk sate', tiga pinggan penuh', 'dalam perjalanan ke rumah terbuka kedua hingga keempat' dan bahkan juga terma melucukan seperti 'berlebihan makanan' serta 'kumpul lemak lagi' oleh para pengguna Twitter apabila mereka membincangkan apa yang dimakan semasa Raya.

"Misalnya, jika satu bekas biskut kecil 1 liter boleh memuatkan 50 keping tat nenas dengan setiap tat mengandungi 40 kalori, ia membawa kepada 2,000 kalori iaitu tahap maksimum harian bagi seorang lelaki dewasa. Ini hanya daripada satu lawatan beraya berdasarkan anggaran kami," terang Dr Junaini.

Gambar hiasan Kuih Tat. (Gambar: Seharum Dapur Bonda KC/ Facebook)

Penyelidik itu berkata menurut Panduan Diet Malaysia 2010, pengambilan makanan am melebihi 1,000 kalori menyumbang kepada kenaikan berat badan secara ketara. Beliau menambah bahawa di samping kehilangan ciri-ciri budaya, makanan moden yang diambil kala Hari Raya Aidilfitri adalah jauh lebih tinggi dari segi kalori berbanding juadah tradisional lain. 

"Dengan menggunakan maklumat dikumpulkan daripada kajian-kajian dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan para pakar pemakanan pada dekad lalu, risiko kesihatan yang berpotensi segera berlaku selepas Raya termasuk kerosakan pada alirah darah, kerencatan dalam metabolisme badan dan fungsi organ yang lembab, antara lain.

"Dalam kes ini, huraian logiknya adalah untuk mengamalkan kawalan diri yang tinggi apabila makan sewaktu Raya. Bagi pelestarian budaya pula, saya akan mengesyorkan ibu bapa dan orang tua untuk mengajar generasi muda tentang resipi tradisional. Memandangkan ia boleh menjadi agak rumit jika dibuat dengan betul, anda boleh mula dengan yang lebih senang dahulu dan semoga ia dapat membantu mengatasi gelombang kehakisan budaya," ujar Dr Junaini.

(Gambar hiasan: Alfredi Estrella/AFP)

Tabiat pemakanan tidak sihat menjadi keprihatinan yang kian meningkat di Malaysia memandangkan ia dicatatkan sebagai negara dengan kadar obesiti yang tertinggi di rantau ini.

Sayap kajian Britain, Unit Pengumpulan Maklumat Ekonomi, melaporkan pada 2017 bahawa kadar obesiti Malaysia berada pada paras 13.3 peratus dengan kadar berat badan berlebihan adalah 38.5 peratus.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan