Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kesan negatif minum kopi waktu pagi

Menurut The Korea Herald, adalah disyorkan supaya kopi diminum antara jam 1.30 petang dengan 5.00 petang, apabila jumlah kortisol yang dikeluarkan pada tahap rendah

Anggaran Waktu Membaca:
Kesan negatif minum kopi waktu pagi

Gambar fail kopi. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 10:17PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:21PM

KOREA: Lama kelamaan, kopi menjadi cara universal untuk menghilangkan rasa ngantuk pada waktu pagi. Di Korea, sekitar 265 juta cawan kopi, atau sekitar 500 cawan diminum setiap orang, pada tahun 2017. Ini menurut Khidmat Kastam Korea.

Walaupun kopi mungkin berkesan untuk menyegarkan seseorang, tetapi menurut pakar kesihatan, ia mungkin bukan minuman terbaik untuk diminum pada waktu pagi, lapor The Korea Herald.

Dalam jam yang pertama hingga kedua, selepas seseorang terjaga dari tidur, kortisol, iaitu hormon stres, dikeluarkan dengan banyak sekali. Kortisol adalah apa yang membantu seseorang untuk bangun. Kafeina dalam kopi memainkan peranan yang sama seperti kortisol, berkemungkinan mencipta kesan sampingan seperti sakit kepala, sakit perut atau denyutan jantung yang terlalu cepat.

Menurut The Korea Herald, adalah disyorkan supaya kopi diminum antara jam 1.30 petang dengan 5.00 petang, apabila jumlah kortisol yang dikeluarkan pada tahap rendah.

Minum kopi pada waktu pagi boleh menjejas esofagus. Kafeina merangsang lebih banyak asid perut dikeluarkan, dan sekiranya perut kosong, ia boleh mengakibatkan kekejangan perut. Kafeina juga melonggarkan otot yang menghubungkan esophagus ke perut, meningkatkan risiko refluks asid.

Menurut The Korea Herald lagi, para individu yang memakan pil vitamin terutamanya perlu berhati-hati minum kopi pada waktu pagi. Ini kerana vitamin A, B, C, D, dan besi tidak dapat memenuhi keperluan masing-masing dengan betul apabila kopi mengganggu sistem.

Kafeina mengganggu vitamin D dan zat besi daripada diserap, dan kesan diuretik menjadikan vitamin B dan C hilang daripada tubuh dengan mudah. Masa selama dua jam diperlukan untuk mengurangkan kesan kafeina pada tubuh manusia, dan oleh itu, disyorkan untuk mengambil pil vitamin sekurang-kurangnya dua jam selepas minum kopi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan