Images
  • lazada
    Gambar: Thomas White/REUTERS

Kerjasama Mediacorp, Lazada bagi Jualan Murah Mega Hari Kebangsaan

SINGAPURA: Mediacorp akan bekerjasama dengan platform e-dagang Lazada untuk membantu penjualan online semasa tempoh Hari Kebangsaan.

Di bawah kerjasama itu para penjual Lazada boleh mengiklankan produk mereka di platform TV dan radio Mediacorp.

Sebagai sebahagian daripada Jualan Murah Besar-besaran sempena hujung minggu Hari Kebangsaan, akan ada satu rancangan permainan interaktif selama sejam oleh selebriti Mediacorp yang disiarkan secara langsung di aplikasi Lazada.

Para penonton juga boleh menyaksikannya di saluran-saluran Mediacorp semasa Jualan Besar-besaran itu bagi mendapatkan baucar beli-belah.

Acara itu akan berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos. 

- CNA/RU/tq

Top