Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kerja 10 jam sehari, sekali seminggu, tambah risiko diserang angin ahmar!

Kerja lebih masa - sama ada untuk selesaikan tugasan tertunggak ataupun untuk mengumpul upah kerja lembur, tidak asing lagi bagi kebanyakan orang. Namun awas, kajian terbaru memberi amaran bahawa kerja berlebihan masa adalah sesuatu yang tidak baik untuk otak anda.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerja 10 jam sehari, sekali seminggu, tambah risiko diserang angin ahmar!
Diterbitkan : 26 Jun 2019 11:54PM Dikemas Kini : 26 Jun 2019 11:57PM

PERANCIS: Kerja lebih masa - sama ada untuk selesaikan tugasan tertunggak ataupun untuk mengumpul upah kerja lembur, tidak asing lagi bagi kebanyakan orang. Namun awas, kajian terbaru memberi amaran bahawa kerja berlebihan masa adalah sesuatu yang tidak baik untuk otak anda.

Kajian di Perancis itu mendapati, mereka yang secara purata bekerja 10 jam sehari dalam seminggu, mempunyai risiko menghidap angin ahmar sebanyak 30 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tidak secara kerap "bekerja waktu panjang", menurut laporan The Independent.

Para pengkaji yang menyelidik kesan budaya kerja ke atas kesihatan kardiovaskular mendapati mereka yang melaporkan bekerja lebih daripada 10 jam dan melakukannya sekurang-kurangnya 50 hari setahun mempunyai risiko menghidap strok sebanyak 29 peratus.

Mereka yang bekerja lewat lebih kerap, selama tempoh 10 tahun atau lebih, mempunyai risiko lebih tinggi terkena angin ahmar - iaitu 45 peratus.

"Sebagai seorang ahli dalam bidang perubatan, saya menasihatkan para pesakit supaya bekerja secara lebih berkesan dan merancang untuk ikut nasihat saya sendiri," menurut penulis utama penyelidikan itu Dr Alexis Deschatha dari Institut Kesihatan dan Penyelidikan Perubatan Nasional Perancis seperti dilaporkan the Independent.

Kajian ini melibatkan hampir 144,000 pekerja di Perancis yang berumur 18 hingga 69 tahun.

Pasukan kajian mendapati sebanyak 29 peratus daripada peserta bekerja masa yang panjang, manakala 10 peratus pula bekerja berlebihan masa. 1,224 strok dicatatkan sejak tinjauan dijalankan.

Menurut The Independent lagi, satu dapatan mengejutkan dalam kajian itu: risiko diserang angin ahmar lebih mudah berlaku pada mereka yang berumur 50 tahun ke bawah.

"Penemuan ini sesuatu yang tidak dijangkakan," kata Dr Descatha yang menambah lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengetahui kenapa mereka yang lebih muda menghadapi fenomena ini.  

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan