Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kerepek kentang perisa epok-epok Old Chang Kee dilancarkan

Teringin makan epok-epok Curry'O Old Chang Kee... tetapi dalam bentuk kerepek kentang? Ia kini menjadi satu realiti, dengan rangkaian makanan itu melancarkan cemilan kerepek kentangnya yang pertama.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerepek kentang perisa epok-epok Old Chang Kee dilancarkan

Old Chang Kee bakal melancarkan kerepek kentang perisa epok-epok Curry'O. (Gambar: Old Chang Kee)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 02:53PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 02:57PM

SINGAPURA: Teringin makan epok-epok Curry'O Old Chang Kee... tetapi dalam bentuk kerepek kentang? Ia kini menjadi satu realiti, dengan rangkaian makanan itu melancarkan cemilan kerepek kentangnya yang pertama.

Lebih menarik lagi, kerepek kentang itu dihasilkan menggunakan rempah kari yang sama digunakan untuk epok-epoknya.

Kerepek goreng berperisa epok-epok kari asli itu boleh didapatkan di semua cawangan Old Chang Kee di merata negara, mulai 15 September. Setiap bungkusan kerepek kentang dijual pada harga S$1.20.

Ini merupakan kali pertama jenama tempatan itu melancarkan kerepek kentang yang mengambil masa enam bulan untuk dihasilkan, bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-63 tahun ini.

Sementara itu, jangan pula terlepas peluang untuk mencuba snek kerepek kentang ini secara percuma.

Old Chang Kee akan mengagihkannya di 10 cawangan pada 20 September ini, dari 12.00 tengah hari hinga 1.00 petang.

Anda boleh mendapatkan kerepek kentang tersebut di cawangan-cawangannya di Jurong Point, NEX, Hab Toa Payoh, Bugis Junction, Singapore Post Centre, Suntec City, Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, Wisma Atria, Novena Square dan Chinatown.

Hanya 100 bungkusan akan diagihkan di setiap cawangan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan