Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Kerajaan Australia keluarkan perintah larangan ke atas Huawei

Kerajaan Australia hari ini (23 Ogos) mengeluarkan perintah larangan ke atas syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei Technologies Co Ltd daripada membekalkan peralatan untuk rangkaian 5G negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan Australia keluarkan perintah larangan ke atas Huawei

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 23 Aug 2018 12:38PM Dikemas Kini : 23 Aug 2018 12:42PM

AUSTRALIA: Kerajaan Australia hari ini (23 Ogos) mengeluarkan perintah larangan ke atas syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei Technologies Co Ltd daripada membekalkan peralatan untuk rangkaian 5G negara itu.

Menurut Agensi Berita Nikkei yang ditukil Astro Awani, perintah larangan itu dikeluarkan atas faktor menghalang gangguan atau campur tangan dari pihak asing ke atas Australia.

Penglibatan Huawei dalam menyediakan rangkaian yang terlindung dari pemantauan agensi keselamatan Australia, menjadi titik kontroversi dalam hubungan perdagangan antara kedua-dua negara itu.

Ia menjadi lebih serius susulan terdapat dakwaan sebelum ini bahawa China cuba mencampuri urusan dalaman berkenaan politik Australia, lapor Astro Awani.

Menurut kenyataan itu lagi, penyedia perkhidmatan yang mempunyai kecenderungan untuk menerima arahan secara langsung dari kerajaan luar, boleh mengakibatkan rangkaian komunikasi Australia terdedah kepada ancaman asing, termasuk akses yang tidak mempunyai kebenaran.

Menurut Astro Awani lagi, walaupun kenyataan rasmi itu tidak menyebut nama syarikat secara langsung, seorang pegawai kanan kerajaan Australia yang enggan dikenali, memberitahu Nikkei bahawa perintah itu ditujukan secara terus kepada Huawei.

Perintah larangan itu turut menyerupai langkah yang dilakukan kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini ke atas Huawei sebelum ini, atas sebab-sebab keselamatan.

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan