Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kenny Rogers buka cawangan pertama di JEM, tawar menu halal

Pada April tahun ini, Kenny Rogers Roasters - rangkaian restoran yang menawarkan hidangan ayam dan diasaskan seorang penyanyi Amerika, Kenny Rogers - tiba-tiba mengumumkan penutupan cawangan terakhirnya di Great World City pada 14 April. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kenny Rogers buka cawangan pertama di JEM, tawar menu halal

Kenny Rogers bakal membuka cawangan pertamanya di JEM. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 30 Aug 2019 10:59PM Dikemas Kini : 31 Aug 2019 02:53PM

SINGAPURA: Pada April tahun ini, Kenny Rogers Roasters - rangkaian restoran yang menawarkan hidangan ayam dan diasaskan seorang penyanyi Amerika, Kenny Rogers - tiba-tiba mengumumkan penutupan cawangan terakhirnya di Great World City pada 14 April.

Ramai pelanggan terkejut kerana restoran tersebut bertahan sejak tahun 1990-an dan pernah begitu popular sehingga terdapat tujuh francais di lokasi-lokasi utama Singapura seperti di Suntec City dan Marina Square. Ia juga mengendalikan cawangan yang popular di Holland Village dan Great World City.

Namun beberapa hari selepas syarikat induk Kenny Rogers Roasters', Pacific Utama, mengeluarkan notis penutupan cawangan terakhirnya di Great World City, kumpulan syarikat F&B tempatan, Lao Huo Tang Group, mengumumkan ia akan mengambil alih hak utama francais bagi Kenny Rogers Roasters. Ia malah merancang untuk membuka beberapa cawangan yang menawarkan menu halal!

CAWANGAN PERTAMA DI JEM

Syarikat Lao Huo Tang buat masa ini sedang dalam persiapan membuka restoran pertama Kenny Rogers Roasters - iaitu di Jurong East Mall (JEM). Menurut Pengurus Pemasaran Kenny Rogers, cawangan pertama di bawah penyeliaan Lao Huo Tang Group itu dijangka dibuka pada lewat September atau awal Oktober.

Antara hidangan yang boleh anda nantikan termasuk menu klasik Kenny Rogers iaitu Corn Muffin, Rotisserie Chicken, Mac & Cheese dan Bolognese Pasta. Setiap hidangan dijual pada harga tidak melebihi S$20.

TAWAR MENU SIHAT; AYAM GORENG RANGUP TIDAK BERMINYAK

Bukan itu sahaja, restoran itu bakal menawarkan menu lebih sihat seperti OMG (Outrageous Mouthwatering Guiltless) Fried Chicken iaitu ayam goreng rangup yang tidak berminyak kerana dimasak dalam ketuhar dan tidak dicelur dalam minyak.

Ada juga hidangan-hidangan tempatan yang disajikan mengikut resipi tersendiri Kenny Rogers seperti Nasi Lemak Ayam Ohsem yakni beras merah dimasak dengan minyak kelapa asli, disediakan dengan sambal, telur rebus, kacang, ikan bilis, hirisan timun dan ayam OMG dibakar dalam ketuhar.

Cawangan pertama Kenny Rogers di JEM boleh menampung sehingga 80 pelanggan. Reka bentuk restorannya juga akan diberikan nafas baru dan tidak hanya dilengkapi dengan perabot-perabot jingga seperti sebelumnya.  

Sumber : Today/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan