Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kemuncak musim durian pada Ogos; dengan Mao Shan Wang 'terbaik dan termurah'

Ini berita baik untuk para penggemar durian! Tahukah anda, musim durian belum berakhir lagi?

Anggaran Waktu Membaca:
Kemuncak musim durian pada Ogos; dengan Mao Shan Wang 'terbaik dan termurah'

(Gambar: Genevieve Loh)

Diterbitkan : 31 Jul 2019 08:03AM Dikemas Kini : 31 Jul 2019 08:08AM

SINGAPURA: Ini berita baik untuk para penggemar durian! Tahukah anda, musim durian belum berakhir lagi?

Malah, bulan Ogos merupakan masa terbaik untuk ‘melepaskan dendam’ kerana durian-durian itu bukan saja sedap tetapi juga paling murah pada tempoh tersebut!

"Lazimnya, masa terbaik adalah apabila harga durian paling rendah, kerana ia sudah sampai kemuncak tempoh menuai," menurut pengarah 99 Old Trees, Encik Kelvin Tan. "Anda akan mempunyai pelbagai pilihan dan banyak durian yang anda boleh pilih."

"Kami menjangkakan durian yang amat hebat dari dusun kami di Pahang," menurut Encik Tan, yang menggelar dirinya sebagai "Ketua Pegawai Durian".

Ini juga bermakna bahawa terdapat bekalan durian Mao Shan Wang yang banyak sekali.

"Dusun kami di Malaysia kebanyakannya adalah Mao Shan Wang, selain D24 dan durian Tekka," menurut Encik Tan. "Dan durian-durian itu tidak dijangka akan gugur sehingga minggu depan. Oleh itu, saya boleh mengatakan bahawa durian terbaik dan paling segar adalah semasa Ogos ini. Ini adalah musim durian kedua."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan