Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kempen pakai tanjak agar tidak ditelan zaman sempena Hari M'sia

Pemakaian busana tradisional Melayu diharap dihidupkan semula di tengah-tengah zaman moden ini, sempena Hari Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen pakai tanjak agar tidak ditelan zaman sempena Hari M'sia

Kempen 'Hari Tanah Melayu Kembali Bertanjak' menggalak rakyat memakai bertanjak buat sehari sempena Hari Malaysia.(Gambar: Tanah Melayu/Facebook)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 12:24PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 12:33PM

KUALA LUMPUR: Pemakaian busana tradisional Melayu diharap dihidupkan semula di tengah-tengah zaman moden ini, sempena Hari Malaysia.

Kempen 'Hari Tanah Melayu Kembali Bertanjak' menular di media sosial, dengan menggalak rakyatnya memakai bertanjak buat sehari bagi mewarnai Malaysia pada 16 September nanti.

"Kempen sehari ini bertujuan untuk mengembalikan pemakaian bertanjak yang dikhuatiri ditelan dek zaman pemodenan," kata penganjur kempen, Nur Ahmad Faiz Mohd Adni, kepada Malaysiakini.

Tanjak merupakan pakaian kepahlawanan masyarakat Melayu dan kini dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu atau majlis di istana.

Menurut Encik Nur Ahmad Faiz, kempen itu bukan setakat disasarkan kepada orang Melayu sahaja.

Malah, masyarakat India dan Cina setempat juga digalak bertanjak.

"Saya sendiri ada kawan Cina dan India, jadi mereka sendiri pun suka melihat kempen pemakaian tanjak," katanya seperti dipetik oleh Malayisakini.

Beliau turut memberitahu Malaysiakini bahawa penyertaan bagi kempen itu setakat ini amat memberangsangkan.

Menurut laman Facebook Tanah Melayu, jumlah penyertaan bagi kempen itu sudahpun mencecah 27,000 orang sejak Selasa (20 Ogos).

Encik Nur Ahmad Faiz turut mengingatkan para peserta agar menumpukan pada pembinaan jati diri melalui kempen itu tanpa melibatkan emosi.

"Jati diri Melayu kembali bukan untuk peperangan, tetapi untuk kita kenali diri sebenar, mengakui kelemahan diri dan baiki, tambah ilmu, ubah pemikiran, dan ubah karakter," menurutnya lagi. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan