Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kematian pertama gara-gara vape cetus keprihatinan terhadap e-rokok

Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah dijangkiti penyakit paru-paru akibat menghisap vape.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian pertama gara-gara vape cetus keprihatinan terhadap e-rokok

San Francisco mengharamkan penjualan dan pengeluaran rokok elektronik. (Gambar: Mike Segar/Reuters)

Diterbitkan : 25 Aug 2019 08:42PM Dikemas Kini : 25 Aug 2019 09:28PM

ILLINOIS: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah dijangkiti penyakit paru-paru akibat menghisap vape.

Kematian di Amerika Syarikat itu dipercayai yang pertama di dunia.

Kematiannya turut menimbulkan tanda tanya mengenai isu keselamatan rokok elektronik (e-rokok) - yang dipromosikan oleh kerajaan Britain sebagai alternatif kepada rokok tradisional.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya dipercayai menetap di Illinois.

Kematian itu dilaporkan di tengah-tengah penularan penyakit paru-paru yang kian meningkat di Amerika Syarikat, yang dipercayai ada kaitan dengan rokok elektronik.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), hampir 200 orang sudah dijangkiti penyakit pernafasan yang serius setelah menghisap vape.

Antara mereka yang terjejas adalah para remaja atau dewasa yang menggunakan rokok elektronik atau bentuk vape yang lain.

Menurut para doktor, penyakit-penyakit yang dialami mereka serupa dengan kecederaan pada bahagian paru-paru yang disebabkan oleh bahan kaustik.

Kesemua kes tersebut sudah dicatatkan sejak lewat bulan Jun.

Pengarah CDC Robert Redfield berkata: 'Kematian tragis di Illinois mengukuhkan lagi risiko serius yang berkaitan dengan produk-produk rokok elektronik. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan