Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kegiatan harian dijadikan karya seni Biennale S'pura 2019

Perbuatan yang sering kita lakukan seperti mendengar dan berjalan akan diubah menjadi cara meminta perubahan menerusi karya-karya seni bagi Biennale Singapura. Pameran seni kontemporari itu yang bertemakan 'every step in the right direction', bermula pada 22 November. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Oct 2019 08:44PM Dikemas Kini : 28 Oct 2019 10:16PM

SINGAPURA: Perbuatan yang sering kita lakukan seperti mendengar dan berjalan akan diubah menjadi cara meminta perubahan menerusi karya-karya seni bagi Biennale Singapura.

Pameran seni kontemporari itu yang bertemakan 'every step in the right direction', bermula pada 22 November.

BUNYIAN HUTAN DIGANDING DENGAN ANIMASI

Artis Zai Tang menggunakan alat rakaman suara bagi merakam suasana kawasan hutan dekat Mandai bagi karya seninya.

Beliau berkunjung ke kawasan itu sekurang-kurangnya 10 kali dalam proses mereka karya seninya.

Zai mencipta pelbagai animasi berdasarkan gambaran dalam fikirannya tentang bunyi-bunyian yang dirakam.

Beliau akan menampilkan dua karya baru dalam satu siri yang dinamakan 'Escape Velocity'.

Zai berharap bunyi-bunyian aneh yang dirakamnya dapat membantu para pengunjung memikirkan semula hubungan mereka dengan alam dan belajar untuk mendengar.

KEGIATAN JALAN KAKI DIJADIKAN KARYA SENI

Amanda Heng pula akan menggunakan kegiatan berjalan sebagai wadah untuk meneroka pelbagai tema dalam siri karya yang berjudul 'Let's Walk'.

Siri karya seni itu sudah dimulakannya sejak dua dekad yang lalu.

Untuk Biennale Singapura tahun ini, beliau memaparkan teks di Bras Basah Road menceritakan pengalaman beliau sendiri mengenai penuaan.

Selain daripada itu, beliau juga berjalan bersama orang awam melalui bengkelnya.

Berjalan dalam bulatan berulang kali dikatakan menekankan penderiaan waktu, kehidupan yang berkitar dan menarik perhatian kepada masa kini.

Amanda berharap para pengunjung sedar bahawa seni ada di mana-mana, bukan hanya di muzium.

Karya-karyanya akan dimainkan di dinding Terowong Esplanade. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan