Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kegiatan galak gaya hidup sihat di WGS sepanjang Sep; sesi 'Senam2 Pasar' dianjur semula

Sepanjang bulan September ini, Wisma Geylang Serai (WGS) akan mengadakan beberapa kegiatan yang menggalak gaya hidup sihat yang bakal dianjurkan bersama dengan Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan galak gaya hidup sihat di WGS sepanjang Sep; sesi 'Senam2 Pasar' dianjur semula

Sesi Senam2 Pasar, gambar diambil sebelum COVID-19. (Gambar: WGS)

SINGAPURA: Sepanjang bulan September ini, Wisma Geylang Serai (WGS) akan mengadakan beberapa kegiatan yang menggalak gaya hidup sihat yang bakal dianjurkan bersama dengan Hospital Tan Tock Seng (TTSH).

Melalui inisiatif 'Aktiviti Kesihatan Komuniti Di Alam Maya', orang ramai boleh melakukan senaman dan mempelajari cara-cara memasak hidangan yang sihat secara online.

Sesi senaman 'Be Active!' akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat dari pukul 9.45 pagi hingga 11.00 pagi.

Satu bengkel memasak makanan sihat sempena Perayaan Musim Luruh atau 'Mid Autumn Festival' pula akan diadakan pada 9 September dari pukul 9.45 pagi hingga 11.00 pagi.

Sepanjang tempoh sesi memasak itu, para peserta akan diajar cara-cara memasak hidangan Akar Teratai Goreng berinti Ayam Cincang dan Kek Bulan berkalori rendah yang berinti Keledek dan Buah Berangan.

Selain itu, satu sesi ceramah dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk "Apa itu Kehilangan Pendengaran" akan diadakan pada 28 September dari pukul 9.45 pagi hingga 11.00 pagi.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai sesi-sesi berkenaan boleh mendaftar melalui https://form.gov.sg/#!/5f092ef04de73d00110da02b.

Kesemua aktiviti itu dianjurkan hasil kerjasama antara WGS dan TTSH sejak Januari lalu untuk meningkatkan tahap jagaan para penduduk di kawasan Geylang dan mendampingi masyarakat Melayu di bahagian tengah Singapura.

"WGS sebagai pusat sivik seni dan budaya dikenali melalui program-program kami seperti Gala Laga dan Suara WGS. Awal tahun ini, kami mengumumkan kerjasama dengan Hospital Tan Tock Seng untuk membawa program kesihatan.

"Kami juga menganjurkan kembali Senam2 Pasar yang popular sejak dilancarkan di Fiesta Kesihatan pada 2019," kata Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

SERTAI SENAMAN ZUMBA DI WGS

Sesi senaman Zumba yang popular di WGS, iaitu 'Senam2 Pasar' turut membuat kemunculan semula pada September.

Dalam catatan Facebooknya pada Ahad (29 Ogos), sesi 'Senam2 Pasar' akan diadakan pada setiap pagi Ahad dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi di Persada Budaya, Aras 1 WGS sepanjang bulan September.

Demi mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat, para peserta perlu mendaftarkan diri sebelum menyertai sesi senaman itu.

Pendaftaran bagi sesi 'Senam2 Pasar @ WGS' boleh dibuat melalui pautan ini https://tinyurl.com/Senam2Pasar.

AKTIVTI SENAMAN UNTUK WARGA EMAS

Sejajar dengan matlamat Wisma Geylang Serai untuk mendampingi setiap lapisan masyarakat, aktiviti senaman khas untuk golongan warga emas juga akan diadakan pada bulan September.

Senaman jalur rintangan atau 'resistance band training' akan diadakan pada setiap hari Selasa mulai 7 September dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di studio tarian WGS.

Bagi peminat lagu-lagu Kpop pula, aktiviti 'KpopX Lite' akan diadakan pada setiap hari Rabu mulai 8 September dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di studio tarian WGS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan