Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kaunter makanan segera ini berusia 2,000 tahun

Sejak kerja-kerja penggalian bermula pada 1750, sebesar dua pertiga tapak itu sudah pun dibongkar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Dec 2020 07:49PM Dikemas Kini : 27 Dec 2020 08:55PM

ITALI: Sebuah kaunter makanan segera berusia hampir 2,000 tahun ditemui di Itali dalam keadaan terpelihara cukup luar biasa.

Gerai itu dikesan di sebuah tapak di bandar Pompeii, yang tertimbus akibat letupan gunung berapi pada tahun 79 Masihi.

Yang menariknya, kesan makanan hampir dua milenium turut ditemukan di dalam bekas-bekas terakota.

Semuanya akan dianalisa untuk mengenal pasti citarasa makanan para penduduk di Pompeii yang dianggarkan 13,000 orang pada masa itu.

Lukisan berwarna-warni memaparkan daging-daging yang dijual turut menghiasi bahagian depan kaunter.

Sementara itu, sebuah mangkuk minuman gangsa, perkakas makanan dan tulang-belulang turut dijumpai.

Sejak kerja-kerja penggalian bermula pada 1750, sebesar dua pertiga tapak itu sudah pun dibongkar.

Pompeii juga adalah salah satu tempat tarikan paling popular di Itali. 

Sumber : AP/SY/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan