Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Karyawan S'pura berjinak-jinak jadi penternak moden

$460 juta. Demikian anggaran nilai industri ternakan ruminan - termasuk penternakan kambing dan biri-biri, di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: $460 juta. Demikian anggaran nilai industri ternakan ruminan - termasuk penternakan kambing dan biri-biri, di Malaysia.

Menyedari peluang dan potensi ekonomi yang dijanjikan negara seberang tambak itu, sekumpulan karyawan Singapura berjinak-jinak menjadi Penternak Moden.

Perjalanan keusahawanan para karyawan berikut kami rakamkan dalam rancangan ehwal semasa Detik Selidik, yang disiarkan 8.30 malam ini (31 Jan).

Tanah seluas lebih 20 hektar di Bio Desaru ini memberi peluang kepada warga Singapura memenuhi hasrat menjadi penternak moden.

Dijadual beroperasi mulai Mac, ia bakal menerapkan piawaian penternakan Australia yang ketat, dan dijadual menghasilkan 500 ekor kambing menjelang tahun depan.

Projek itu adalah usahasama syarikat milik anak Melayu Singapura di Queensland, Alqudsi Agri Australia, bersama penternakan kambing milik anak Melayu Singapura di Mersing, Aliyah Rizq Farm.

Jadi, apa yang mendorong para karyawan Singapura itu untuk menjadi penternak kambing?

Meskipun memiliki keluasan tanah, Malaysia mengimport sekitar 94 peratus kambing untuk dimakan.

Purata, seekor kambing di Malaysia berharga $270.

Pada tahun 2017 sahaja 1.75 juta ekor kambing dimakan di negara itu. Bermakna, potensi perniagaan lebih $470 juta.

Selain bagi pasaran di Malaysia, mereka juga berharap meraih potensi ladang kolektif tersebut sebagai salah satu sumber pembekal kambing korban di Singapura dalam masa terdekat.

"Pasaran korban Singapura sekitar 7,000 ekor kambing. Tapi kalau kita dapat membekal dalam 1,000 hingga 1,500, itu pencapaian yang agak besar. Ada peluang untuk meluaskan penternakan mereka di Australia kerana dengan tempat yang agak lebih besar, mereka dapat mengeluarkan lebih banyak lagi ternakan-ternakan untuk pasaran yang lebih luas lagi selain daripada Singapura dan Malaysia," kata Pengurus Ternakan, Alqudsi Agri Australia, Sadon Anwar. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan