Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Karnival Prudential Marina Bay kembali dengan lebih banyak permainan

Karnival Prudential Marina Bay kembali dengan lebih banyak permainan. Edisi kedua acara itu yang bermula hari ini (22 Dis) dan menjanjikan harga yang lebih rendah bagi sebahagian permainan, dijangka menarik lebih sejuta pengunjung sepanjang tiga bulan mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
Karnival Prudential Marina Bay kembali dengan lebih banyak permainan

Karnival Prudential Marina Bay (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 10:45PM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 10:55PM

SINGAPURA: Karnival Prudential Marina Bay kembali dengan lebih banyak permainan. Edisi kedua acara itu yang bermula hari ini (22 Dis) dan menjanjikan harga yang lebih rendah bagi sebahagian permainan, dijangka menarik lebih sejuta pengunjung sepanjang tiga bulan mendatang.

Para pengunjung boleh menjangkakan tiga permainan baru di acara yang diadakan di Ruang Acara Bayfront.

Satu daripada permainan tersebut, Wave Swinger, dibawa masuk dari Itali dan merupakan penampilan pertama di Asia Tenggara.

Seperti tahun lalu, terdapat pelbagai gerai permainan di mana pengunjung berpeluang membawa pulang mainan comel seperti patung unikorn.

Kesemuanya terdapat 50 permainan yang menurut para penganjur lebih mudah dinikmati ramai, dengan kebanyakannya berharga di bawah S$10.

Namun permainan Mach 5 masih mengekalkan harga 14 token.

Permainan 'Mach 5' di Karnival Prudential Marina Bay 2017

Selain permainan dan gerai mainan, pengunjung juga boleh menjamu selera di gerai-gerai makanan yang menjual pelbagai kudapan menarik daripada churros berperisa ondeh-ondeh hingga mi segera IndoMie.

Karnival Prudential Marina Bay dibuka dari 4.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari hingga 24 Mac, kecuali pada Januari 18, 24 dan Februari 15 2019.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan