Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kanak-kanak palsi serebrum cipta rekod kayuh basikal 222.2km rentas M'sia-Thailand

Seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya (OKU) yang menghidapi palsi serebrum sejak lahir berjaya mencatat rekod kedua dalam Buku Rekod Malaysia bagi kayuhan basikal merentas sempadan Malaysia-Thailand sejauh 222.2 kilometer.

Anggaran Waktu Membaca:
Kanak-kanak palsi serebrum cipta rekod kayuh basikal 222.2km rentas M'sia-Thailand

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Jan 2020 10:30PM Dikemas Kini : 27 Jan 2020 11:52PM

PADANG BESAR: Seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya (OKU) yang menghidapi palsi serebrum sejak lahir berjaya mencatat rekod kedua dalam Buku Rekod Malaysia bagi kayuhan basikal merentas sempadan Malaysia-Thailand sejauh 222.2 kilometer.

Cuaca panas dan kering yang melanda negeri Perlis ketika ini tidak pun mematahkan semangat Nur Wadihan Wira Sudepja, 12 tahun dan bapanya, Wira Sudepja Rabu, 45 tahun, meneruskan dengan ekspedisi itu.

Sebelum ini, Nur Wadihan mencatat rekod pertama dalam Buku Rekod Malaysia setelah menyertai acara 'Kerian Incredible Dualthon" kategori 'Sprinter' sejauh 48 kilometer bersama bapanya di Kerian, Perak pada 2018.

Menurut Encik Wira, anaknya mengalami demam sebelum kayuhan yang dijadualkan bermula pada Jumaat lalu (24 Jan). Namun, Nur Wadihan tetap cekal ketika mereka memulakan pengayuhan basikal itu.

"Saya amat berbangga dengan kecekalan anak istimewa ini yang ceria dan bersahaja sepanjang kayuhan bermula dari Wang Kelian ke Satun, Thailand, kemudiannya ke Pat Bara (Thailand) dan berpatah balik mengikut laluan sama sehingga ke Padang Besar," kata Encik Wira.

Acara mengayuh basikal itu dianjurkan oleh Yayasan Generasi Malaysia dan pihak Kuantan Port bagi menampilkan golongan orang kurang berupaya kepada orang awam.

Encik Wira dan anaknya memulakan pengayuhan sejauh 222.2km itu pada pukul 5.00 pagi pada Jumaat lalu.

Menurutnya, mereka berdua mengambil masa empat hari melalui pekan utama di wilayah Satun, Thailand sebelum tiba di garisan penamat pada petang Isnin (27 Jan),

Bagi Encik Wira, perkara itu dilakukannya bukan semata-mata mahu mengejar pengiktirafan Buku Rekod Malaysia, namun mahu masyarakat luar khususnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya agar memberi anak mereka pengalaman merasai aktiviti sama seperti kanak-kanak normal lain. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan