Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kambing mampu beri reaksi pada riak wajah manusia: Kajian

Kambing lebih suka reaksi wajah manusia gembira berbanding marah, menurut penyelidikan yang diterbitkan kumpulan saintis hayat dari Britain, Jerman dan Brazil.

Anggaran Waktu Membaca:
Kambing mampu beri reaksi pada riak wajah manusia: Kajian

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 11:00PM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 11:10PM

LONDON: Kambing lebih suka reaksi wajah manusia gembira berbanding marah, menurut penyelidikan yang diterbitkan kumpulan saintis hayat dari Britain, Jerman dan Brazil.

Penyelidikan itu diketuai Dr Alan McElligott di Universiti Queen Mary, London adalah antara kajian yang membuktikan kambing mampu membaca reaksi wajah manusia.

Kajian serupa sebelum ini mendapati, anjing, kuda dan panda mempunyai kemampuan yang sama untuk membezakan riak wajah manusia.

Penyelidik melakukan ujian terhadap 20 ekor kambing di pusat perlindungan kambing Buttercups di Maidstone, Kent, kira-kira 64 kilometer ke tenggara London, menggunakan sepasang gambar hitam putih individu yang sama.

Gambar-gambar yang diletakkan di penghujung kawasan berpagar, pada jarak kira-kira 1.3 meter antara satu sama lain termasuk gambar wajah individu yang senyum dan marah.

Penyelidik mendapati gambar yang menunjukkan riak gembira mendapat lebih banyak interaksi daripada kambing, misalnya dengan melihat kepada muncung mereka.

“Kambing berhenti dan melihat kepada gambar serta meneliti secara dekat. Mereka tidak hanya berlalu, menarik gambar atau mengunyah gambar atau apa saja seperti itu,” kata Dr McElligott kepada Rueters.

Dr McElligott yang ketika ini sedang bertugas di Universiti Roehampton berkata, penyelidikan itu mempunyai kesan terhadap pemahaman cara haiwan memroses emosi manusia.

Sumber : Reuters/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan