Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kajian: Kurang tidur di pertengahan usia mungkin tingkatkan risiko hidap demensia

Adakah kurang tidur akan meningkatkan peluang anda menghidap demensia? Selama bertahun-tahun, para penyelidik memikirkan tentang perkara ini dan soalan-soalan lain tentang hubung kait antara tidur dengan penurunan kognitif.

Anggaran Waktu Membaca:
Kajian: Kurang tidur di pertengahan usia mungkin tingkatkan risiko hidap demensia

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 25 Apr 2021 10:37PM Dikemas Kini : 25 Apr 2021 10:41PM

NEW YORK: Adakah kurang tidur akan meningkatkan peluang anda menghidap demensia? Selama bertahun-tahun, para penyelidik memikirkan tentang perkara ini dan soalan-soalan lain tentang hubung kait antara tidur dengan penurunan kognitif.

Namun, jawapannya sukar didapati kerana sukar untuk mengetahui jika kurang tidur adalah simptom perubahan dalam otak yang menyebabkan demensia - atau ia menyumbang kepada perubahan itu.

Kini, satu kajian baru melaporkan beberapa penemuan baru yang menyakinkan untuk mencadangkan bahawa individu dalam kalangan usia 50-an dan 60-an tahun yang tidak cukup tidur, lebih kemungkinan menghidap demensia apabila usia meningkat.

Kajian itu yang diterbitkan pada Selasa (20 Apr) dalam jurnal Nature Communications mempunyai beberapa kelemahan namun juga beberapa kekuatan.

Ia mengkaji hampir 8,000 individu di Britain selama sekitar 25 tahun, bermula apabila mereka berusia 50 tahun.

Kajian itu mendapati bahawa mereka yang sering tidur kurang daripada enam jam pada hari biasa sekitar 30 peratus lebih kemungkinan didiagnos dengan demensia hampir tiga dekad kemudian. Ini berbanding dengan mereka yang mendapatkan tidur secukupnya selama tujuh jam.

"Ia benar-benar bukan satu kemungkinan bahawa hampir tiga dekad sebelumnya, tidur merupakan satu simptom demensia, jadi ini adalah kajian baik yang menyediakan bukti kukuh bahawa tidur benar-benar adalah satu faktor risiko," kata Dr Kristine Yaffe, seorang profesor neurologi dan psikiatri di Universiti California, San Francisco yang tidak terlibat dalam kajian itu.

Perubahan otak sebelum demensia seperti pengumpulan protein berkaitan dengan penyakit Alzheimer's, diketahui bermula sekitar 15 hingga 20 tahun sebelum para individu mula mengalami masalah ingatan dan pemikiran. Justeru, corak tidur dalam jangka masa tersebut boleh dianggap sebagai kesan yang muncul akibat penyakit itu.

Di penghujung kajian itu, 521 individu didiagnos dengan demensia pada purata usia 77 tahun. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/NYT/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan