Images
  • obesity
    (Gambar: Ralf Hirschberger/AFP)

Kajian dapati peningkatan ketara barah berkaitan obesiti di kalangan golongan muda

PARIS: Satu kajian di Amerika Syarikat mendapati peningkatan ketara dalam kadar barah berkaitan kegemukan berlebihan atau obesiti di kalangan golongan muda.

Persatuan Barah Amerika menyemak rekod kesihatan sekitar dua pertiga penduduk Amerika antara 1995 dan 2015.

Hasil kajian menunjukkan bahawa risiko mendapat enam barah berkaitan obesiti meningkat, terutamanya bagi mereka berusia antara 20-an dan 30-an tahun.

Persatuan itu menambah peningkatan obesiti dalam tempoh 40 tahun lalu mungkin meningkatkan risiko barah untuk golongan muda.

Ia menarik perhatian bahawa kadar kematian disebabkan barah di Amerika Syarikat turun dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun ia memberi amaran bahawa obesiti mungkin boleh memburukkan lagi keadaan.

Buat masa ini, kurang daripada separuh doktor di Amerika syarikat mengukur indeks jisim tubuh (BMI) para pesakit mereka.

"Mutu diet warga Amerika semakin memburuk sejak kebelakangan ini," menurut penulis utama kajian itu, Cik Hyuna Sung, yang turut merupakan ahli anggota Persatuan Barah Amerika.

Lebih separuh individu yang berusia 20 tahun hingga 49 tahun makan terlalu sedikit buah-buahan dan sayur-sayuran dan bijiirn, dan memakan terlalu banyak garam, makanan segera dan minuman manis, menurut beliau.  

- AFP/NU/na

Top