Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kafe Starbucks pertama dibuka di Kelantan

Belum lagi dibuka secara rasmi tetapi ramai penduduk tidak sabar melanggani cawangan Starbucks pertama di negeri ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kafe Starbucks pertama dibuka di Kelantan

Suasana di cawangan pertama kafe Starbucks pada 16 Ogos. (Gambar: Shahrul Azam/ Facebook)

Diterbitkan : 17 Aug 2018 11:04AM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 11:10AM

KOTA BHARU: Belum lagi dibuka secara rasmi tetapi ramai penduduk tidak sabar melanggani cawangan Starbucks pertama di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd. dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Sydney Quays ditukil oleh Kosmo Online sebagai berkata, kafe tersebut sepatutnya akan dibuka bermula hari ini (17 Ogos) namun terdapat pelanggan yang sudah menjenguk-jenguk di luar premis lebih awal.

"Disebabkan terlalu ramai pelanggan yang bertanya, jadi kafe ini dibuka awal," katanya, yang teruja dengan sambutan hangat para penggemar kopi tempatan.

Meskipun dibuka sehari lebih awal, pada hari pertama beroperasi (16 Ogos), kafe itu hanya membuka pintunya kepada para tetamu jemputan sahaja.

Kafe Starbucks pertama di Kelantan terletak di pasar raya Tesco di Lembah Sireh.

"Kafe Starbucks ini betul-betul istimewa kerana kesemua 12 orang pekerjanya adalah merupakan anak kelahiran Kelantan. Pengurus cawangan ini sudah bekerja selama 12 tahun di Kuala Lumpur dan apabila berpeluang balik ke negeri sendiri dia amat gembira," ujar Encik Quays.

Kosmo Online difahamkan kafe tersebut merupakan cawangan ke-282 milik Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. (Berjaya Starbucks) yang dibuka di Malaysia. Syarikat itu dalam perancagan untuk membuka sebuah lagi cawangan kafe di Kelantan dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Mungkin kita akan membuka sebuah lagi kafe ini di lokasi lain dengan konsep berbeza dan sebuah kios di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa," katanya lagi kepada Kosmo Online.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan