Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kadar keretakan pinggul dalam kalangan wanita Cina merosot: Kajian

Kaum wanita Cina di Singapura lebih berkemungkinan mengalami keretakan tulang pinggul berbanding wanita Melayu dan India.

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar keretakan pinggul dalam kalangan wanita Cina merosot: Kajian

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 16 Oct 2019 06:22PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 06:25PM

SINGAPURA: Kaum wanita Cina di Singapura lebih berkemungkinan mengalami keretakan tulang pinggul berbanding wanita Melayu dan India. Bagaimanapun satu kajian mendapati kadarnya bagi wanita Cina telah merosot, menurut satu kajian seluruh negara yang dikeluarkan pada Selasa (15 Okt).

Kadar keretakan tulang pinggul dalam kalangan wanita Cina adalah 1.4 kali lebih tinggi berbanding wanita Melayu dan 1.9 kali lebih tinggi berbanding wanita India, menurut kajian itu.

Para penulis kajian itu, termasuk para konsultan dari Hospital Universiti Nasional (NUH) berkata bahawa salah satu sebab wanita kaum Cina lebih kerap mengalami keretakan tulang pinggul adalah kadar obesiti mereka lebih rendah. Kadar obesiti yang lebih rendah mempunyai kaitan dengan kepadatan mineral tulang yang lebih rendah, sekali gus meningkatkan risiko osteoporosis atau tulang rapuh dan mungkin retak akibat terjatuh.

Namun dalam satu perkembangan positif, kadar keretakan tulang pinggul dalam kalangan wanita Cina bagi semua peringkat usia telah merosot manakala kadar keretakan tulang pinggul dalam kalangan wanita Melayu dan India tidak menunjukkan kemerosotan. Malah, terdapat tanda-tanda bahawa ia semakin meningkat, menurut para penulis.

Penurunan kadar tersebut dalam kalangan wanita Cina juga menggalakan, kerana satu kajian pada 2001 meramalkan peningkatan pada kadar keretakan tulang pinggul, tambahnya.

Penulis kajian termasuk Profesor Yong Eu Leong, konsultan kanan di Pusat Wanita NUH.

Kajian itu juga mendapati bahawa kaum wanita di Singapura dua kali ganda berkemungkinan mengalami keretakan tulang pinggul berbanding kaum lelaki. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan