Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kadar kematian akibat penyakit jantung terus meningkat di Australia

Penyakit jantung kekal menjadi punca utama kematian di Australia, manakala kematian berkaitan dengan tabiat pengambilan alkohol menurun, demikian menurut data Biro Statistik Australia (ABS) pada Rabu (26 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar kematian akibat penyakit jantung terus meningkat di Australia

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Brendan Smialowski)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 06:31PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 06:34PM

CANBERRA: Penyakit jantung kekal menjadi punca utama kematian di Australia, manakala kematian berkaitan dengan tabiat pengambilan alkohol menurun, demikian menurut data Biro Statistik Australia (ABS) pada Rabu (26 Sep).

Menurut data itu lagi, jumlah kematian di Australia pada 2017 adalah seramai 160,909 orang, lapor agensi berita Xinhua.

Kematian akibat barah paru-paru pula menurun, kata pengurus cawangan program Kesihatan dan Kurang Upaya ABS, Justine Boland dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata terdapat peningkatan pada jumlah kematian akibat penyakit pernafasan berkaitan tabiat merokok termasuk emphysema.

Statistik turut mendedahkan, barah menyumbang 30 peratus daripada semua kematian dengan barah kolorektal, payu dara dan prostat serta paru-paru sebagai punca kematian utama.

Kadar kematian secara langsung disebabkan alkohol turun kepada 5.1 untuk setiap 100,000 orang berbanding 6.6 setiap 100,000, kira-kira 20 tahun lalu.

"Jumlah kematian disebabkan tabiat meminum arak pada tahun 2017 adalah seramai 1,366 orang, paling ramai membabitkan lelaki berusia 60-an," kata Encik Boland.

Jumlah kematian akibat influenza meningkat hampir tiga kali ganda pada 2017 iaitu 1,255 orang berbanding 464 pada tahun sebelumnya.

Bagi kadar kematian bayi pula, Australia kekal mencatatkan jumlah paling rendah di dunia.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan