Jus durian belanda tidak boleh cegah barah
Baru-baru ini, masyarakat tempatan bertanggapan bahawa jus durian belanda mampu merawat penyakit barah. Namun, seorang pakar perubatan, Dr Amalina Bakri menyangkal dakwaan tersebut. Dr Amalina juga merupakan seorang pelajar cemerlang peperiksaan nasional pada 2004.
MALAYSIA: Baru-baru ini, masyarakat tempatan bertanggapan bahawa jus durian belanda mampu merawat penyakit barah. Namun, seorang pakar perubatan, Dr Amalina Bakri menyangkal dakwaan tersebut. Dr Amalina juga merupakan seorang pelajar cemerlang peperiksaan nasional pada 2004.
Beliau menegaskan bahawa penyelidikan giat dijalankan bagi merawat penyakit barah, lapor Astro Awani. Sekiranya benar jus durian belanda mampu merawat barah, beliau dan rakan-rakannya tidak perlu bersusah payah untuk melakukan penyelidikan.
"Obsesi terbaru masyarakat Malaysia, ramai yang berkata durian belanda boleh merawat kanser, tidak! Durian belanda tidak dapat menyembuhkan kanser.
"Kepada 'pengasas' dan jurujual, tak salah kalau nak cari rezeki, tapi janganlah sampai menjejaskan kesihatan orang lain.
"Kalau durian belanda boleh rawat kanser, tak payah lah saya buat penyelidikan kanser," katanya menerusi kiriman tweet, seperti ditukil Astro Awani.
Terdahulu, pelakon Serina Redzuawan meluahkan rasa terkilannya kerana produk jus durian belanda keluarannya didakwa menjadi punca kematian seseorang individu.
Astro Awani bagaimanapun melaporkan bahawa beliau menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan yang tidak berasas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.