Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jumlah jualan promosi 9.9 Lazada-Mediacorp atasi rekod tahun lalu dalam 14 jam

Jumlah jualan Lazada semasa promosi jualan bulan September mengatasi rekod tahun lalu dalam masa 14 jam pertama selepas promosi tersebut dilancarkan. Malah, jualan dalam dua jam pertama hampir naik seganda berbanding tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2020 07:26PM Dikemas Kini : 24 Sep 2020 08:57PM

SINGAPURA: Jumlah jualan Lazada semasa promosi jualan bulan September mengatasi rekod tahun lalu dalam masa 14 jam pertama selepas promosi tersebut dilancarkan. Malah, jualan dalam dua jam pertama hampir naik seganda berbanding tahun lalu.

Promosi jualan lima hari Lazada itu adalah hasil kerjasama dengan Mediacorp. Ia mengatasi hasil jualan bulan Ogos sebanyak 40 peratus dan mencatatkan jumlah muat turun aplikasi yang tertinggi dalam kalangan para pembeli baru.

Lebih sejuta penduduk Singapura menggunakan aplikasi Lazada semasa tempoh jualan tersebut. Hampir 27,000 pasang kasut dan 12,000 paket pelitup juga terjual.

Baucar-baucar makanan dan minuman (F&B) serta percutian dalam negeri menyaksikan pertambahan permintaan yang terbesar kali ini.

Menurut Lazada, ini menunjukkan sentimen para pengguna agak positif dan terdapat minat yang meningkat bagi pengalaman di luar rumah.

Wadah online itu merancang untuk menawarkan lebih banyak tawaran yang lebih bernilai tinggi dan pelbagai pada hujung tahun ini.

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan