Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jualan krim jerawat jadi rancak gara-gara video tular di TikTok

Video-video yang tular di aplikasi TikTok membantu meningkatkan kembali permintaan terhadap produk krim kulit yang berusia puluhan tahun -- disifatkan sebagai ejen penghapus jerawat terbaik - di Malaysia, tatkala situasi perniagaan yang tertekan ketika era pandemik ketika ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan krim jerawat jadi rancak gara-gara video tular di TikTok

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 10 Jan 2021 02:55PM Dikemas Kini : 10 Jan 2021 03:01PM

KUALA LUMPUR: Video-video yang tular di aplikasi TikTok membantu meningkatkan kembali permintaan terhadap produk krim kulit yang berusia puluhan tahun -- disifatkan sebagai ejen penghapus jerawat terbaik - di Malaysia, tatkala situasi perniagaan yang tertekan ketika era pandemik ketika ini. 

Nisolab, yang memiliki hak pelesenan produk Nixoderm di Malaysia dan Singapura menyedari jualan krim jerawat itu meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus di platform peruncit pada Disember. Pertumbuhan jualan di gedung dalam taliannya di platform membeli belah Shopee juga meningkat berganda.

M. Ariffin Yusuf, Pengarah Urusan Prima Group, yang memiliki Nisolab, memberi tahu Bernama peningkatan jualan itu mengejutkan syarikat tersebut.

“Pada mulanya kami tidak mengetahui mengapa jualan melonjak secara tiba-tiba, tahu-tahu sajalah.. ekonomi tidak begitu baik (pada masa ini). Untuk beberapa waktu, jualan kurang memberangsangkan. Tetapi secara tiba-tiba, jualan meningkat - sesuatu yang tidak normal. Jadi saya mula bertanya kepada pengedar saya, ‘bolehkan anda tolong tengokkan? kerana biasanya orang daripada zaman saya tidak melihat TikTok dan sebagainya,” katanya.

Encik Ariffin berkata apabila kakitangannya mendapat tahu mengenai video yang tular di aplikasi video sosial TikTok itu, beliau kagum bagaimana mudahnya ia mempengaruhi jualan syarikat.  

Menurutnya, syarikat itu tidak tahu siapakah pemilik akaun TikTok berkenaan, namun ingin menjejaki mereka agar Nisolab boleh memberi sedikit ganjaran barangan percuma kepada mereka.  

Trend itu bermula dengan satu video yang dihasilkan oleh Amir Aqram Azizi di akaun TikTok miliknya @thedancedoc pada 16 Dis tahun lalu menjelaskan bagaimana untuk menggunakan krim Nixoderm untuk menghapuskan jerawat. Video tersebut mendapat lebih 208,100 tontonan dengan hampir 14,000 butang suka. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan