Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jewel buka pintunya kepada kumpulan pengunjung pertama;'permata' Lapangan Terbang Changi sasar 40-50 juta pengunjung setahun

Jewel Lapangan Terbang Changi menyambut kumpulan pengunjungnya yang pertama pada Khamis (11 Apr) setelah membuka pintunya kepada orang ramai bagi satu acara previu yang menampilkan pelbagai daya tarikan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2019 03:34PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 12:22AM

SINGAPURA: Jewel Lapangan Terbang Changi menyambut kumpulan pengunjungnya yang pertama pada Khamis (11 Apr) setelah membuka pintunya kepada orang ramai bagi satu acara previu yang menampilkan pelbagai daya tarikan.

Bagi 500,000 pengunjung yang sudah mendaftar untuk previu tersebut, mereka akan berpeluang untuk meninjau-ninjau projek terbaru Lapangan Terbang Changi yang bernilai S$1.7 bilion dari 11 hingga 16 April, menjelang pembukaannya kepada orang ramai pada 17 April.

Jewel menawarkan lebih 280 kedai dan cawangan makanan dan minuman (F&B), dengan 95 peratus ruangnya sudahpun disewakan, menurut Changi Airport Group (CAG).

Rangkaian makanan segera A&W, pawagam Shaw Theatres dan kedai barangan Pokemon adalah antara jenama-jenama yang akan ditampilkan dalam bangunan runcit dan gaya hidup setinggi 10 tingkat itu.

Jewel juga akan menyediakan kaunter-kaunter daftar masuk awal dan kios-kios, khidmat penyimpanan bagasi dan Changi Lounge yang berupaya menampung sebanyak 150 tempat duduk. Lebih menarik lagi, sebuah hotel dengan sebanyak 130 kamar yang ditempatkan dalam kompleks tersebut.

Kedai-kedai di Jewel. (Gambar: Lapangan Terbang Changi Jewel)

Para pengunjung Jewel juga boleh menjangkakan pelbagai jenama tempatan yang akan membuka cawangan pertama mereka seiring dengan jenama-jenama yang sudah dikenali ramai seperti Good Company, Supermama dan Tiger Street Lab.

Hampir 50 peratus penyewa Jewel terdiri daripada jenama-jenama yang berasal dari Singapura, dengan kelompok runcit khas dikhususkan bagi jenama-jenama tempatan ditempatkan di Tingkat 1, yang juga bertujuan untuk dijadikan sebagai sebuah kedai sehenti bagi para pelancong dan pengunjung yang ingin membawa pulang sebagai cenderahati dari Singapura.

Pembinaan Jewel bermula dengan upacara pecah tanah pada Disember 2014 dan kerja-kerja penstrukturannya selesai dijalankan pada 2017.

"PERMATA" JEWEL LAPANGAN TERBANG CHANGI

Kompleks seluas 135,700 meter persegi itu dibina di bekas tempat letak kereta terbuka Terminal 1 dan direka oleh arkitek tersohor Moshe Safdie dan muka bangunan itu pula berbentuk sebuah kubah yang berdiri megah.

Daya tarikan utamanya adalah HSBC Rain Vortex, iaitu air terjun buatan tertinggi di dunia yang ditempatkan di tengah-tengah kompleks berkenaan.

Rain Vortex, air terjun tertutup setinggi 40 meter yang menampilkan pertunjukan cahaya dan bunyi, di Jewel. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Dalam kenyataan medianya, CEO Jewel Changi Airport Development Hung Jean berkata: "Jewel Lapangan Terbang Changi berwawasan untuk menjadi sebuah destinasi di mana 'Dunia bertemu Singapura, dan Singapura bertemu Dunia'.

Cik Hung turut mendedahkan bahawa lapangan terbang itu menjangkakan sekitar 40 hingga 50 juta pengunjung setiap tahun dan Jewel disasarkan bukan saja kepada pengunjung tempatan tetapi juga penumpang yang melakukan persinggahan melebihi lima jam di Singapura. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan