Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jerawat kulit kepala: Penyebabnya dan 6 cara alami atasinya

Jerawat degil boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh dan bukan hanya di muka. Malah, kondisi yang disebabkan kulit membengkak akibat pengumpulan sebum itu juga boleh muncul di bahagian tubuh tertutup, termasuk bahagian belakang dan dada.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerawat kulit kepala: Penyebabnya dan 6 cara alami atasinya

Gambar hiasan rambut dicuci (Gambar: Pixabay/Nomura8080)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 07:52PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 09:21PM

INDONESIA: Jerawat degil boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh dan bukan hanya di muka. Malah, kondisi yang disebabkan kulit membengkak akibat pengumpulan sebum itu juga boleh muncul di bahagian tubuh tertutup, termasuk bahagian belakang dan dada.

Bahkan tidak kurang juga orang yang mengalami masalah jerawat pada kulit kepala, suatu kondisi yang dipanggil scalp folliculitis. Menurut laman Healthline, ia kadang kala boleh menimbulkan jerawat kecil yang gatal rasanya, namun kadang-kadang ia juga boleh meradang dan menyakitkan.

PUNCA JERAWAT KEPALA

Jerawat pada kulit kepala boleh tumbuh jika folikel rambut atau liang-liang tersumbat. Ini boleh disebabkan oleh sel-sel kulit mati, kotoran yang disebabkan oleh residu produk rambut, minyak semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kepala (sebum) dan bakteria. Jerawat yang disebabkan oleh bakteria biasanya akan meradang (inflammed).

Selain bakteria, jerawat pada kulit kepala juga boleh disebabkan oleh mikroorganisme lain. Sebagai contoh, cendawan dan kutu.

Selain itu, tabiat jarang membasuh rambut atau penggunaan aksesori seperti ikat rambut atau topi juga boleh menyebabkan jerawat di kulit kepala.

CARA ATASI JERAWAT KULIT KEPALA

Jika anda mengalami masalah jerawat pada kulit kepala, berikut adalah beberapa cara alami yang boleh anda cuba untuk menangani kondisi itu:

1. MINYAK JOJOBA

Minyak jojoba tidak membunuh bakteria atau kulat yang menyebabkan jerawat. Namun, minyak semulajadi ini dapat membantu mengurangkan keradangan. Ini sekaligus akan membantu jerawat cepat kempis dan kering.

2. PERAHAN LEMON

Laman StyleCraze pula mengesyorkan jus lemon untuk merawat jerawat pada kulit kepala. Perah buah lemon, lalu campurkan jus perahan itu dengan satu sudu makan air. Tuangkan ke kawasan kulit kepala dengan jerawat, kemudian biarkan selama 15 minit.

3. BAWANG PUTIH

Parut bawang putih segar, kemudian gunakannya untuk mengurut kulit kepala. Kandungan dalam bawang putih akan mengurangkan rasa sakit sambil membunuh kuman yang menyebabkan jerawat. Selepas dibiarkan seketika, basuh rambut anda dengan syampu.

4. MINYAK POKOK TEH, MINYAK ZAITUN

Gabungkan minyak pokok teh (tea tree oil) dengan minyak zaitun dalam nisbah yang sama. Gunakannya untuk mengurut kulit kepala yang gatal. Biarkan selama dua jam. Kemudian bilas dengan air.

5. BUAH PALA DAN SUSU

Tumbuk sebiji buah pala sehingga halus, kemudian kacau dengan 4 sudu makan susu. Selepas itu letakkan pada kulit kepala yang berjerawat. Biarkan selama sejam, kemudian bilas kulit kepala dengan teliti.

6. MADU DAN KAYU MANIS

Campurkan dua sudu makan madu organik dengan dua sudu teh kayu serbuk manis. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu, bilas kulit kepala dengan air bersih. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan