Images
  • isse
    Maharaja Naruhito. (Gambar: Issei Kato/AFP)

Jepun prihatin terhadap tetamu Muslim; hidangan halal disajikan semasa upacara pertabalan Maharaja Naruhito

TOKYO: Orang kenamaan dijamu makanan tradisional istimewa Jepun 'washoku' semasa satu acara jamuan malam menyusuli upacara pertabalan Maharaja Naruhito pada 22 Oktober lalu.

Bukan itu sahaja, para tetamu dengan keperluan diet tertentu bahkan dihidangkan dengan juadah khas.

Menu bagi sekitar 450 tetamu termasuk orang kenamaan luar negara di dewan jamuan negara istana Homei-Den menampilkan ikan merah panggang, abalone dikukus dengan garam dan sup udang karang serta cendawan 'matsutake'.

"Kami mahu para tetamu menikmati hidangan istimewa daripada gunung dan laut," kata seorang pegawai kanan Agensi Kerabat Diraja sebelum acara jamuan tersebut.

Dengan menitikberatkan tetamu daripada latar belakang berbeza, juadah-juadah halal turut disediakan untuk para tetamu Muslim. Cef-cef turut menggantikan daging lembu kepada kulit susu soya dalam hidangan khas buat mereka yang tidak makan daging atau vegetarian.

Bagi tetamu yang tidak biasa dengan makanan Jepun pula, hidangan Barat turut disediakan.

Secara keseluruhannya, empat acara jamuan diadakan dengan dihadiri sejumlah 2,600 tetamu sempena meraikan upacara pertabalan Maharaja Naruhito. 

- Agensi berita/FZ/fz

Top