Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jepun hasilkan minuman teh susu yang kelihatan seperti air putih biasa

Dari aiskrim yang tidak akan cair sehinggalah ke 'cheeseburger' berwarna hitam, Jepun terkenal dengan snek-snek yang pelik tetapi sedap.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun hasilkan minuman teh susu yang kelihatan seperti air putih biasa

(Gambar: japancosmelab.com)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 10:46PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 10:55PM

JEPUN: Dari aiskrim yang tidak akan cair sehinggalah ke 'cheeseburger' berwarna hitam, Jepun terkenal dengan snek-snek yang pelik tetapi sedap.

Baru-baru ini pula, satu minuman unik pula berjaya dihasilkan iaitu minuman yang kelihatan seperti air putih dalam botol tetapi ia sebenarnya teh susu.

Pengilang minuman Jepun, Suntory, mengumumkan produk terbaru Suntory Tennesnsui mereka pada bulan September, lapor agensi berita Cnet. Ini merupakan produk baru kedua mereka pada tahun ini. Pada bulan April, pengilang itu menghasilkan minuman teh limau yang juga tidak berwarna.

Jelas, minuman ini sempat membuat pembeli mereka kehairanan.

Pengilang ini menafikan bahawa mereka sekadar menggunakan perisa buatan. Untuk menghasilkan air teh yang tidak berwarna ini, pengilang tersebut menggunakan proses penyejatan dan pemeluwapan.

Air dijerang sehingga mendidih untuk menghasilkan wap air yang kemudian melalui daun-daun teh hitam. Wap air itu kemudian melalui kondenser untuk menjadi sejuk dan dikumpul dalam bentuk air.

Suntory juga menggunakan susu untuk minuman ini di mana ia menggunakan laktosa dan mineral susu yang memang aslinya tidak berwarna.

TIDAK PERLU KE JEPUN UNTUK CUBA MINUMAN INI

Bulan lalu, laman Mothership menyatakan bahawa minuman ini sudah boleh didapatkan di Singapura.

Minuman teh susu tidak berwarna ini boleh didapatkan di beberapa cawangan FairPrice Finest seperti di Marine Parade, Bishan dan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan