Jenama mewah Valentino jual jaket edisi terhad demi sokong vaksin COVID-19
Jenama mewah Valentino menghasilkan edisi terhad jaket 'hoodie' yang dicetak perkataan "(V) Vaccinated" menggunakan logo V jenama itu bagi menyokong kempen vaksinasi COVID-19, dengan hasil jualan didermakan kepada UNICEF.
MILAN: Jenama mewah Valentino menghasilkan edisi terhad jaket 'hoodie' yang dicetak perkataan "(V) Vaccinated" menggunakan logo V jenama itu bagi menyokong kempen vaksinasi COVID-19, dengan hasil jualan didermakan kepada UNICEF.
Setiap jaket itu dijual pada harga AS$690 (S$932).
Jaket berwarna hitam itu dicetak perkataan "vaccinated" berwarna merah di bahagian depan, pertama kali direka oleh sebuah syarikat kecil dari Los Angeles bernama Cloney, tanpa pengetahuan jenama Itali itu.
Apabila pereka Valentino, Pierpaolo Piccioli mendapat tahu tentang inisiatif itu, beliau memutuskan untuk membeli kesemua lima jaket yang ada lalu menghadiahkannya kepada teman-temannya termasuk Lady Gaga, menurut Valentino dalam satu kenyataan.
Piccioli kemudian menghasilkan beberapa jaket hoodie yang akan dijual di laman Valentino mulai 23 September.
Kesemua hasil jualan akan disalurkan kepada agensi kanak-kanak PBB UNICEF, bagi menyokong usahanya bersama wadah perkongsian vaksin global COVAX, yang tertumpu kepada usaha mendapatkan vaksin COVID-19 bagi negara-negara miskin.
"Mendapatkan vaksin adalah cara paling berkesan untuk melawan pandemik global ini serta simbol penghormatan kepada orang lain dan tanggungjawab sosial," kata Piccioli.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.