Images
  • doraemon gucci
    (Gambar: Gucci)

Jenama mewah Gucci lancar koleksi baru dengan Doraemon

SINGAPURA: Jenama fesyen dari Itali, Gucci, melancarkan koleksi baru yang menampilkan kucing robot kegemaran ramai - Doraemon.

Terdapat lebih 50 barangan dalam koleksi Doraemon x Gucci tersebut, dari baju kot dan seluar panjang hinggalah jaket dan beg.

Tidak ketinggalan juga tali leher, sarung iPhone, kasut dan jam tangan.

Koleksi yang baru dilancarkan itu memaparkan monogram klasik GG jenama itu bersama watak siri manga dan anime tersebut dalam pelbagai gerakan.

Harga bermula dari AS$195 (S$258) hingga AS$5,800 (S$7,665).

Selain menampilkan Doraemon, Gucci juga baru-baru ini membayangkan satu lagi kerjasama menarik bersama Pokemon GO. Kolaborasi bersama jenama North Face juga dilaporkan sedang dalam perancangan.

- CNA/TQ/tq

Top