Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan terkejut, tabiat bawa telefon bimbit ke tandas boleh sebabkan....

Ramai enggan mengaku, tetapi hakikatnya ialah ramai yang menggunakan telefon bimbit semasa membuang air di tandas.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan terkejut, tabiat bawa telefon bimbit ke tandas boleh sebabkan....

(Gambar hiasan: Mediacorp/Xabryna Kek)

Diterbitkan : 25 Sep 2019 10:28PM Dikemas Kini : 25 Sep 2019 10:30PM

LONDON: Ramai enggan mengaku, tetapi hakikatnya ialah ramai yang menggunakan telefon bimbit semasa membuang air di tandas.

Walaupun ada yang menafikannya, anda sendiri yang tahu kebenarannya.

Kajian terkini mendedahkan 57 peratus penduduk Britain melakukannya dan lapan peratus berterus terang mereka sentiasa membawa telefon bimbit ke tandas.

Kini, doktor mula memberi amaran bahawa amalan itu boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami buasir, iaitu suatu benjolan di bahagian dalam dan sekitar dubur.

Bercakap kepada The Sun Online, Dr Sarah Jarvis yang juga Pengarah Klinik patient.info menjelaskan, jangka masa seseorang itu menggunakan telefon bimbit boleh mendedahkan kepada risiko buasir.

"Lebih banyak anda menggunakan telefon bimbit semasa di tandas, lebih lama anda duduk dan ia sekali gus meningkatkan tekanan pada urat pada bahagian bawah dubur," katanya.

Menurut Dr Jarvis, masalah sembelit dan kesukaran untuk membuang air besar adalah antara faktor utama seseorang itu berpotensi mengalami buasir selain mengandung, batuk kronik dan faktor usia.

"Bagaimanapun, amalan duduk terlalu lama di mangkuk tandas juga boleh menyebabkan buasir.

"Jika dulu buku menjadi tarikan untuk dibawa ke tandas, tetapi kini ia berubah kepada telefon bimbit," katanya.

Tambahnya lagi, kegatalan pada benjolah di dubur dan berak berdarah juga antara simptom buasir, selain cecair melekit yang keluar dan melekat pada seluar dalam anda.

Dr Javis berkata, antara langkah untuk mengelak buasir adalah memakan makanan banyak serat, bersenam sekerap mungkin dan paling penting mengetepikan telefon bimbit anda.

Sumber : Agensi berita/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan