Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan terkejut, gula boleh sebabkan mulut berbau!

 Mengurangkan pengambilan gula adalah antara perkara pertama yang akan dinasihatkan oleh kebanyakan pakar pemakanan kepada pesakitnya yang ingin berdiet.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan terkejut, gula boleh sebabkan mulut berbau!

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 09:57AM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 10:02AM

WASHINGTON: Mengurangkan pengambilan gula adalah antara perkara pertama yang akan dinasihatkan oleh kebanyakan pakar pemakanan kepada pesakitnya yang ingin berdiet.

Ini kerana gula mempunyai reputasi dan kesan buruk terhadap badan manusia, namun sesuatu yang sedap itu memang sukar untuk ditinggalkan!

Tapi apa kata kita cuba juga untuk mengelak mengambil gula dalam pemakanan dan minuman seharian kerana ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

Selain itu, banyak altenatif bagi makanan dan minuman manis ini. Ketahui kesan-kesannya sekiranya anda tidak mengambil gula dalam menu harian.

1. Kulit muda

Tiada siapa yang ingin kelihatan tua. Kesan pengambilan gula yang kerap mampu membuatkan anda kelihatan lebih berumur berbanding usia sebenar. Namun, anda boleh mengelakkannya daripada berlaku dengan tidak mengambil gula dalam diet harian anda.

Pakar mendedahkan bahawa molekul gula akan mengikat serta mengubah bentuk kolagen protein dalam badan dan seterusnya membuat kulit menjadi lebih muda.

Lebih menarik ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit dengan menurunkan insulin pada darah.

2. Pernafasan yang segar

Terlalu banyak mengambil makanan yang manis boleh menyebabkan gigi anda rosak. Malah gula juga boleh dikaitkan dengan bakteria yang ada dalam mulut menyebabkan kerosakan pada gigi dan mulut berbau busuk.

3. Berat badan

Anda telah berusaha kuat untuk cuba menurunkan berat badan anda. Apa kata anda terus 'membuang' makanan yang bergula atau minuman manis dalam menu harian anda. Ini kerana gula boleh menyebabkan anda sentiasa lapar.

4. Imunisasi

Pakar-pakar juga mendedahkan gula juga boleh melemahkan imunisasi yang boleh menyebabkan anda berdepan dengan risiko batuk dan selsema.

Menurut American Journal of Clinical Nutrition, mengambil gula 100 gram boleh menyebabkan sel darah putih menurun dan 50 peratus boleh menghalang daripada melawan bakteria.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan