Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan tak baca! 5 perubahan ini mungkin jejas perjalanan anda ke Johor

Anda mungkin melakukan perjalanan ke Johor hujung minggu ini, sama ada untuk membeli-belah mahupun berbuka puasa dengan hidangan makanan laut yang enak.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan tak baca! 5 perubahan ini mungkin jejas perjalanan anda ke Johor

Pemandangan Johor Bahru dilihat dari Singapura (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 May 2019 09:54AM Dikemas Kini : 11 May 2019 09:59AM

SINGAPURA: Anda mungkin melakukan perjalanan ke Johor hujung minggu ini, sama ada untuk membeli-belah mahupun berbuka puasa dengan hidangan makanan laut yang enak.

Tidak kira apa jua sebab untuk ke Johor, inilah antara perubahan yang bakal berlaku, yang mungkin menjejas perjalanan anda.

1. VEP BAGI SEMUA KENDERAAN ASING

Jika anda memandu ke Johor, anda perlu mendaftar bagi Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) tidak lama lagi.

Undang-undang pengangkutan darat itu akan dikuatkuasakan pada bulan Oktober.

Pemilik kenderaan asing boleh memohon bagi permit itu online. Pemandu yang memohon bagi VEP juga akan dikenakan bayaran pendaftaran sekali saja sebanyak RM10 (S$3.30) bagi memproses permit mereka.

2. BERBELANJA DI MALAYSIA - ISU GST

Sebilangan pengunjung gemar berbelanja di seberang tambak untuk membeli keperluan rumah. Yang pasti, anda dapat berjimat ketika berbelanja, namun: Pengunjung yang memasuki Singapura kini mendapat pelepasan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lebih rendah bagi barangan yang dibeli di luar negara.

Jika anda meluangkan masa kurang 48 jam di luar SIngapura, anda perlu membayar GST bagi barangan yang dibeli di luar negara, yang bernilai lebih $100. Sebelum ini, hadnya adalah S$150.

Jika anda merancang untuk keluar lebih lama, anda perlu membayar GST bagi barangan yang bernilai lebih $500, turun dari S$600 sekarang.

3. BELI-BELAH DENGAN KAD NETS

Apabila anda berbelanja di pasar raya, pastinya anda mahu membuat pembayaran dengan pantas. Ini berita baik bagi anda. Kini sudah terdapat 4,500 tempat yang menerima NETS di seluruh Malaysia.

Di Johor Bahru, kad dengan khidmat NETS yang dikeluarkan oleh bank-bank Singapura boleh digunakan di pusat beli-belah seperti Johor Bahru City Square, KSL City dan Sutera Mall.

Usah terlari-lari untuk mencari pengurup wang, kini anda hanya perlu ingat untuk membawa kad ATM NETS anda apabila pergi ke Johor.

4. KENDERAAN DIESEL TERTAKLUK DENGAN PERATURAN TIGA SUKU TANGKI

Lebih banyak kenderaan perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga suku minyak dalam tangki semasa keluar dari Singapura melalui pusat-pusat pemeriksaan darat.

Peraturan tiga suku tangki itu, yang sebelum ini hanya meliputi kenderaan Singapura yang menggunakan petrol dan gas asli mampat, kini juga merangkumi kenderaan yang menggunakan minyak diesel.

5. TIADA LAGI TOL MOTOSIKAL DI LINKEDUA

Jika anda menunggang motosikal ke Johor melalui Linkedua, anda tidak perlu lagi membayar sebarang tol.

Malaysia memansuhkan yuran tol pada November tahun lalu, dan sebagai sebahagian daripada dasar sekian lama untuk memadankan kadar tol, Singapura juga menguatkuasakan dasar sama pada Januari. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan